Hai Gua Bama – Part 2 (Ini versi sambut birthday)

Assalamualaikumm..

Lama tak singgah sini, busy dengan kerja dan bercuti dengan family Chinese New Year baru ni.. Nanti aku story lain pasal percutian yang best tuh..

So, kali ni aku nak cerita pasal aku naik Gua Bama untuk kali kedua, seminggu selepas yang first time haritu, iaitu 22 January 2017. Tapi naik kali ni agak berbeza sikit, sebab kami ada misi sambut birthday Nana kat puncak tuh, birthday Nana 21 January.. Sambut 22 haribulan kira ok lagi lah kan.. Happy Birthday Nana, last sambut birthday single nih, tahun depan dah berdua.. Selamat Pengantin Baru!!! Eh, belum lagi… hahaha

Oklah, pada 22 January tersebut kami seramai 10 orang bergerak lah ke kaki Gua Bama tu.. Bawak Kanc aku ngan adik aku je.. Patie ngan budak-budak sekampung 5 orang.. Lepas tu tunggu Lyana, Watiey ngan Birthday girl Nana sampai.. Masa tu dah pukul 8.30 pagi.. En Guide pulak belum muncul.. Risau pulak aku sebab budak-budak ni ade yang tak pernah hiking.. Ramai weh.. #matikklahh nakkk.. Akhirnya sampailah Guide yang ditunggu tu.. Dah dekat pukul 9.00 pagi baru kami nak mulakan pendakian…

Gambar grop dulu sebelum memulakan pendakian

Gambar group dulu sebelum memulakan pendakian

Mulakan dengan stretching sikit, bacaan doa.. Dan kami mulakan pendakian.. Bergambar dulu satu group kat signboard Gua Bama tu.. Lepastu bergeraklah kami perlahan-lahan.. Awal-awal lagi dah jumpe tangga kat sini.. Lemah betul lutut.. Lutut aku belum recover sepenuhnya lagi.. Memang kena pakai support untuk lutut. Kalau tak memang seksa.. haha.. Yang lain pun agak perlahan.. Berapa banyak anak tangga yang terpaksa lalu entah, lupa nak kira.. Tak apa, next time aku kira.. Tapi yang pasti memang mencanak tingginya..

Sempat lagi selfie deme ni ye..

Sempat lagi selfie deme ni ye..

Oleh kerana haritu misi kami sambut birthday Nana, beberapa hari sebelum tu memang dah bincang nak bawak kek naik atas.. Kek pilihan kami adalah Creme Brulee sebab rasanye kek tu je yang bleh tahan lama sikt dan tak cair.. Yelah, kang sampai atas jadi nasik ke, lempeng ke, cekodok ke. Sape nak makan nanti kan… Dengan gigihnya aku bawak naik atas ye, ade beberapa tempat kena mintak bantuan orang jugak sebab tak ade tempat nak letak ataupun batuan yang sangat curam tuh…

Mendaki dengan bergaya mereka ni ye..

Mendaki dengan bergaya mereka ni ye..

Diorang ni sampai dulu.. Ni kat first peak... Aku jauh di belakang.. haha

Diorang ni sampai dulu.. Ni kat first peak… Aku jauh di belakang.. haha

Patriotik sikit dengan ade bendera berkibar di situ.. haha

Ok semua dah sampai. Patriotik sikit dengan ade bendera berkibar di situ.. haha

Dan setelah satu jam lebih kot barulah kami sampai ke puncak… Rehat jap, bukak kek.. Alhamdulillah kek sangat sempurna tanpa cacat sikit pun.. Berjaya lah kiranya.. Hahaha.. Nyanyi ramai-ramai wish birthday Nana, potong-potong kek dan makan-makan beramai-ramai… Layan view jap… Bergambar macam-macam gaya.. Gambar adalah wajib di mana-mana puncak sebagai bukti kejayaan.. Rupanya ada jugak yang gayat, dari awal sampai kat puncak, sampai lah nak turun, kat situ jugaklah duduknya.. Siapa?? Entahlah.. hahaha..

Yeahhh.. Kami dah sampai puncak

Yeahhh.. Kami dah sampai puncak

Birthday girl.. Nana dan seketul cheese cake..

Birthday girl.. Nana dan seketul cheese cake dan pemandangan yang indah..

Mereka adik beradik yang menghiburkan sepanjang perjalanan.. Bising oiii... hahaha

Mereka adik beradik yang menghiburkan sepanjang perjalanan.. Bising oiii… hahaha

Haaa... Jemput makan semua

Haaa… Jemput makan semua

Sesi potong kek hulur kat semua..

Sesi potong kek hulur kat semua..

Aku, Nurul, Watiey dan Liya.. Geng tak gayat, yang lain gayat duduk kat bawah je.. haha

Aku, Nurul, Watiey dan Liya.. Geng tak gayat, yang lain gayat duduk kat bawah je.. haha

Nana, Aku dan My Porter... (Tak pernah tinggal porter ni).. haha

Nana, Aku dan My Porter… (Tak pernah tinggal porter ni).. haha

Ape mende deme buat tuh (kate orang Lepeh)..

Ape mende deme buat tuh (kate orang Lepeh)..

Peace dari belakang

Peace dari belakang.. Eh ada kelihatan entiti di celah pokok tu..

Amboi.. Hati-hati ye kat atas tu...

Amboi tinggi nye.. Hati-hati ye kat atas tu…

Oh ye, ular yang minggu lepas tuh still ada kat situ.. Confuse aku, ular betul ke tipu. Nak kacau lebih-lebih kang takut.. haha

Penunggu.. Aku tak tahu lah betul hidup ke tak ular ni.. haha

Penunggu.. Aku tak tahu lah betul hidup ke tak ular ni.. haha

Lepas lepak-lepak kat puncak, bergeraklah kami turun dengan kelajuan sederhana.. Jumpa pulak view akar-akar yang cantik ni. Berenti ambik gambar kejap.. Lepas tu, ke Muzium Gua tu kejap.. Dan kemudian berjalan kaki ke kereta masing-masing.. Patie and geng gerak gi Kuala Lipis, nak tengok kawan ade tournament bola tampar.. Aku dan adik gerak pulang sebab ade urusan lain…

Berehat sebentar lepas turun dari gua.. Tapi belum sampai bawah lagi ni...

Berehat sebentar lepas turun dari gua.. Tapi belum sampai bawah lagi ni…

Aku dan akar pokok yang sedang panjat gua.

Aku dan akar pokok yang sedang panjat gua.

Aku, Patie yang duduk bawah gua, tak tau apa motif.

Aku, Patie yang duduk bawah gua, tak tau apa motif.

Selfie lagi dari mereka.. Time ni aku dah lari dulu.. Jauh kot nak jalan ke parking.. haha

Selfie lagi dari mereka.. Time ni aku dah lari dulu.. Jauh kot nak jalan ke parking.. haha

Diorang cakap dulu batu belakang aku tu bentu gajah.. Searang dah tak nampak.. Aku cuba buat muka gajah tu.. haha

Diorang cakap dulu batu belakang aku tu bentuk gajah.. Sekarang dah tak nampak.. Aku cuba buat muka gajah tu..

Ade jugak lah Mossy kat sini walaupun sikit.

Ade jugak lah Mossy kat sini walaupun sikit.

Sekian lah story kali ni, pendek je.. Lain kali mesti naik lagi, akan jadi tempat training kami lah sebab dekat sangat kan??

Gua Bama yang seksi dari tepi.. haha

Gua Bama yang seksi dari tepi.. Tapi tak pasti ni yang Jantan ke Betina (serius dia ada 2 gua, jantan dan betina, bukan aku suka2 main letak tau)

Sekian…

Ok baii..

Posted in Saya Suka Membebel, Jom Jalan2, Sukan Menjana Kecergasan Minda, hiking, vacation, adventure | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Hai Pine Tree Hill & Twin Peak – Ini Kisah Aku


Oklah.. Sekarang ni musim aku rajin menaip walaupun taip pakai handphone je..

So, hari ni aku nak story pasal Pine Tree Hill dan Twin Peak, Fraser Hill, Pahang. Dua puncak yang boleh ditawan dalam masa sehari.. Dah lama sebenarnya kejadian ni berlaku, tapi baru nak update kat sini.. Ni kan blog aku, suka hati aku lah nak update bila.. Hahaha

Tarikh 31 Ogos 2016 dipilih sebab cuti Umum hari Merdeka.. Selamat hari Merdeka MalaysiaKu.. Kejadah bulan Januari baru nak wish.. hahaha.. Perancangan awal 6 orang jer.. Geng gadis kebaya aku, Azam@porter aku dan beberapa orang kawan satu tempat kerja.. Apply permit sendiri sebab tak ade orang nak bawak, so kami berdikari di atas kaki sendiri lah.. Hutan simpan kat Pahang ni wajib ada permit ye untuk masuk.. Boleh didakwa sebagai menceroboh kalau tak ada permit.. Untuk keselamatan diri jugak sebenarnya, ade orang tahu kita masuk pada masa tu kan.. Senang je nak apply, masuk je website jabatan hutan, (click SINI) ikut je arahan diorang tu, isi form – buat wang pos – pos ke pejabat hutan yang berkenaan.. Tahun lepas (2016) RM5.00 je, tahun ni (2017) dah naik RM10.00 satu kepala.. Lepas tu Pejabat Hutan keluarkan permit. Aku haritu dapat permit melalui Whatapps je.. Tapi dia tetap akan pos jugak, tapi mungkin akan lambat sikit dapat.. So print je yang dari whatapps tu pun boleh.. Sila bawa permit semasa mendaki..

Ini adalah contoh permit masuk hutan simpan Pahang

Ini adalah contoh permit masuk hutan simpan Pahang

Saja lah aku ajak geng Northern Hikers Community (NHC) sebab sebelum tu aku join diorang kat Bukit Terisek, Taman Negara (nanti aku update pasal Bukit Terisek jugak). Tiba-tiba ada yang nak join, aku on je.. Sebab trip sendiri kan.. So diorang uruskan sendiri permit semua… Semua tak kenal pun, yela kenal melalui whatapps je pun. Tapi semua ok je, kira boleh jadi geng lah…

Barang-barang untuk dibawa dan digunakan

Barang-barang untuk dibawa dan digunakan

So, tibalah hari kejadian. Cadangnye nak gerak pukul 2.00pagi dari Sungai Koyan. Naik kereta Mr Palani.. Masa ni yang dapat join 5orang je, satu kereta je lah.. Aku bawak kanc aku, parking kat area kedai makan kat Sungai Koyan tu..  Mr Palani pun sampai, sekali dia cakap dia tak dapat join hiking. Tapi dia hantar kitorang je sebab dah janji nak bawak kitorang kan.. Dia tak sempat tidur malam tu katanya, ade makan-makan.. Oklah, dia nak jadi driver kitorang je.. Nanti dia nak tido je masa kitorang hiking.. Aku pun tidur je lah sepanjang jalan tu.. Pening oii jalan naik ke Fraser Hill tu.. Hahaha.. Setelah beberapa jam perjalanan, sampai lah kami ke tempat berkumpul.. Iaitu masjid Fraser Hill.. Geng NHC dari KL dah sampai lama.. Oh ye, breakfast kami nasik dan  ayam masak merah di sponsor oleh Salwa.. Thanks Salwa.. huhu..

Bersiap pakai kasut semua

Bersiap pakai kasut semua

Dah bersedia nak gerak ni.. Thank you Mr Palani snap picture we olls

Dah bersedia nak gerak ni.. Thank you Mr Palani snap picture we olls

Dah siap makan semua, bacaan doa sikit.. Maka bergerak lah kami dalam kumpulan seramai 15orang kira-kira pukul 4.30pagi ditemani head lamp dan bunyi-bunyian ungas hutan.. Perjalanan melalui tangga menurun yang sangat banyak.. Tangga dia pulak ada besi-besi yang ditanam tegak untuk support kayu tangga, tapi besi je yang ada, kayu dah hilang.. Kena lebih berhati-hati, sangat bahaya kalau terjatuh.. Perjalanan agak perlahan sebab pandangan yang terbatas dengan muka bumi yang menurun dan menaik serta beberapa laluan anak sungai dan lopak air.

Langit dah cerah baru boleh ambik gambar

Langit dah cerah baru boleh ambik gambar

Gaya bersepah..

Gaya bersepah..

Mereka.. 1st time kenal diorang mase trip ni lah

Mereka.. 1st time kenal diorang mase trip ni lah

Haaa.. Ni lah paling mencabar.. Panjat-panjat.. Sila berhati-hati, sangat licin batu-batu tersebut

Haaa.. Ni lah paling mencabar.. Panjat-panjat.. Sila berhati-hati, sangat licin batu-batu tersebut

Sis maintain je sebab memang suka memanjat. haha

Sis maintain je sebab memang suka memanjat. 😂

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Sempat tukar baju ok.. haha..

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Sempat tukar baju ok..

Geng gadis kebaya, Fazz malas tukar.. 😑

Geng gadis kebaya, Fazz malas tukar.. 😑

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Semua fah sampai.. Alhamdulillah

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Semua dah sampai.. Alhamdulillah

Salam merdeka dari puncak gunung

Salam merdeka dari puncak gunung

Kami sampai ke puncak Pine Tree Hill lebih kurang pukul 9pagi.. Masak-masak kejap, maggi je pun.. Pinjam dapur orang.. Kitorang ada bawak gas je.. haha.. Lepas makan, tukar baju dan ambik gambar jap.. Masa ni Kak Ana, Salwa and the geng belum sampai lagi.. Diorang sampai, makan-makan dan ambik gambar dulu.. Dalam pukul 12tengah hari bergerak ke puncak lagi satu iaitu Twin Peak.. Dalam 40minit jugak baru sampai. Fazz and Salwa tak ikut, diorang tunggu kat Pine Tree Hill je.. Fazz malas jalan dah, Salwa pulak kaki injured, dah join tapi patah balik.. Cuaca masa ni dah hujan sikit-sikit.. Kitorang redah je.. Dan sampai lah kami.. Tak nampak view pun sebab kabus tebal.. Sejukkk!!

Kami di puncak twin peak.. Berkabus

Kami di puncak twin peak.. Berkabus

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Jangan cakap Ayu ngan Jen tak payung

Jangan cakap Ayu ngan Jen tak payung

Lompatan orang berjaya.. haha

Lompatan orang berjaya tawan Twin Peak.. haha

Ok.. Dah habis ambil gambar kat Twin Peak, kami pun bergerak turun dalam pukul 1 lebih kot.. Tak ingat sangat sebab dah lama.. Perjalanan turun ke Pine Tree Hill agak laju.. Keadaan muka bumi yang menurun dan hujan dah mulai turun.. haha

pine tree hill

Dikyu, selamat pengantin baru..Eh! 😂Hai Wa, happy birthday.. *tetibe 😂😂

Penat ke bersatu dengan alam sis??

Penat ke bersatu dengan alam sis??

Gaya mutu keunggulan.. haha

Gaya mutu keunggulan.. haha.. Baru cukup #genggadiskebaya

Berehat jap.. Penat oiii

Berehat jap.. Penat oiii

You all paling cantik hari ni - kata seorang uncle india.. haha

You all paling cantik hari ni – kata seorang uncle india..

Thank you untuk uncle India yang tolong ambilkan gambar kitorang.. Katanya yang akan kitorang ingat sampai bila-bila, “Kalau sini u all sampai, Kinabalu lagi senang”.. Haha.. Nak percaya pun serba salah.. Dah 5kali naik Kinabalu katanye.. Ok sambung jalan..

Berenti rehat lagi.. Tak sampai-sampai 😭

Berenti rehat lagi.. Tak sampai-sampai 😭

Serius rasa tak sampai-sampai.. Jalan kaki dah penat, kaki pun macam dah tak larat nak angkat.. Masa ni dah pukul 4.. Ya Allah, 4jam dah kitorang jalan dari Pine Tree Hill tu.. Nak nangis rasanye.. Seksa betul.. 😭😭.. Kitorang jalan bertiga je, geng Jen dan adik aku dah sampai bawah.. Kemain laju diorang tu.. Akhirnya kami sampai kat tangga.. Pandang atas, Ya Allah tingginya tangga, nangis lagii 😭😭.

Yeahhh.. Selamat mendaki tangga..

Yeahhh.. Selamat mendaki tangga..

Aku kira berapa banyak anak tangga.. Lebih dari 500 kot.. 😭.. Serius aku kira sebab kitorang gerak dengan kiraan 10 anak tangga, lepastu amik nafas jap, pastu sambung 10 lagi.. Semua dah tak larat nak naik.. Pagi mase naik tak nampak sebab gelap, lagipun turun je kan.. Sekali masa balik.. Ambik kau, padan muka semua.. hahaha

Akhirnya.. Setelah satu jam, melalui tangga, sampai lah kami ke pintu gerbang ni..

Akhirnya kami sampai 😭

Akhirnya kami sampai 😭

Tak sanggup dah

Tak sanggup dah

Tak sanggup jugak 😭

Tak sanggup jugak 😭

Jumpa jalan simen/tar je terus bukak kasut.. Kaki dah terseksa

Jumpa jalan simen/tar je terus bukak kasut.. Kaki dah terseksa sangat..

Kami sampai bawah kira-kira pukul 5petang.. Fuhh!! 12jam kami dalam hutan.. Seksa betul rasanya.. Jangan ajak repeat lagi dah Pine Tree Hill ngan Twin Peak ni. Memang TAK nak naik dah.. Seksa nya kami je yang tahu.. haha

Dah sampai kat parking, Mr Palani dah tunggu.. Pergi mandi-mandi kat masjid tadi tu jap, sejuk betul air die weh!!, sembahyang, dan gerak balik..

Sempat bergambar kat jam besar nih dulu.. Hujan rintik-rintik masa ni

Sempat bergambar kat jam besar nih dulu.. Hujan rintik-rintik masa ni

Kami pun gerak turun.. Terpaksa gerak balik dulu, geng kak Ana, abg Jan, Salwa dan Dikyu tak sampai lagi.. Kami pun teruskan perjalanan berliku Fraser Hill tu ke Raub, berenti makan jap lebih kurang pukul 8malam.. Dapat info diorang selamat turun dari gunung.. Giler lah pukul 8malam malam.. Sebab ada yang kaki injured.. Kesian nye korang.. Yang tak sakit kaki ni pun dah seksa.. Korang mesti berganda-ganda seksanye.. 😭😭.. Tapi Alhamdulillah semua selamat… Syabas u all!!

Sampai rumah pukul 10malam.. Terus tido, keesokkan nya pergi kerja seperti biasa.. Gagah kan kami… Walaupun jalan lain macam sikit sebab sakit kaki.. Tapi kerja tetap kerja.. #wanitabesi kan.. haha

Ini adalah bonus. Muka masuk surat khabar weii.. hahaha

Ini adalah bonus. Muka masuk surat khabar weii.. haha.. Thanks Salwa dari Utusan Malaysia

Ok lah sekian untuk kali ini.. Kemain panjang cerita aku. Kenangan yang tak akan kami lupakan sampai bila-bila.. Manis dalam Pahit, Payau dan Masam.. haha

Ok baii..

Posted in Saya Suka Membebel, Jom Jalan2, Sukan Menjana Kecergasan Minda, This is cool | Tagged , , , , | Leave a comment

Hai Gunung Nuang – Ini kisah versi aku


Assalamualaikum.

Oklah, kali ni aku nak cerita kisah yang agak lama berlaku lah.. Kisah aku, geng gadis kebaya dan geng Gebang Hikers naik Gunung Nuang pada 20/11/2016 yang lepas.. AMARAN!! Kisah ini sangatlah panjang..

Jadi, oleh kerana kami tak tahu jauh mana Gunung Nuang tu dari kampung halaman aku ni, bergerak lah kami pada lebih kurang pukul 9 malam 19 haribulan tu.. Menaiki hilux En Papa, bergeraklah kami 4 orang, adik aku Azam@porter aku, Ayu, dan En Papa. Slow je katanye.. Aku duk belakang, best je tido. Maklumlah bukan selalu jadi penumpang..

Singgah beberapa kedai dan 7eleven, duk cari baju hujan.. Musim hujan ni.. Risau jugak.. Tapi sedihnye, semua tempat dah kehabisan baju hujan, yang ade pun nipis sangat2.. Jenis macam plastik sampah tu.. Aku tak risau sangat sebab aku dah ade.. Tapi sebagai kakak yang penyayang, kena cari jugak untuk adik aku tu.. 😂. Dah tak jumpa kat Raub, perjalanan diteruskan dengan niat nanti jumpe mana2 kedai berenti cari lagi. Aku pun menyambung tido lah.. Walaupun aku tido, aku dapat rasa yang kereta agak laju.. Kemain Papa duk layan corner kan.. Sekejap je sampai Genting Sempah.. Mengantuk katanye, semua tido.. Adik aku yang duk sebelah driver pun tido sama.. Taguna betul..

Sebab aku lapar, singgah makan jap kat Genting Sempah.. Order nasi untuk aku, char kuew teaw untuk adik aku, tapi aku makan sikit je.. Adik aku kena makan banyak.. Untung kan jadi adik aku, makan ditanggung.. Ada sape lagi nak jadi adik aku? haha.. Yang lain pun join makan sekali.. Masa tu dalam pukul 12 lebih kot.. Sejuk weii… Dah kenyang makan semua, bergerak lah kami ke Hutan Lipur Gunung Nuang.. Tapi berhenti kejap kat stesen minyak, tukar baju dulu dan teruskan perjalanan..

Maka sampailah kami ke kawasan tersebut, sambil confuse betul jalan yang kitorang masuk tu? Maklumlah sorang pun tak pernah sampai tempat ni lagi, semua first timer.. Fazz dah sampai dah katanye, Fazz ni #genggadiskebaya aku yang duk kat KL. So die dekat je.. Dekat sejam kot die tunggu kat situ.. Seram meh.. haha.. Akhirnya berjaya kami sampai kat situ, jumpa Fazz, cium-cium dulu (tipu je).. Lepak picnic belakang hilux En Papa dulu sementara tunggu yang belum sampai lagi.. Rupanya Salwa and the geng dah sampai awal.. Tak perasan kereta die, semua duk tido dalam kereta..

Setelah semua sampai lebih kurang pukul 5 pagi, bergerak lah kami menuju puncak.. Slow je diiringi lampu masing-masing.. Sambil dihiburkan oleh bunyi-bunyian alam dan nyanyian oleh Pajura.. Ehhh!!😂😂 Mula-mula jalan dah menegak je naiknye.. Matikklahhh.. Dekat dua jam perjalanan, sampailah kami ke checkpoint sumber air, tak pasti yang ni point ke berapa yang ade sumber air. Maklumlah gelap lagi kan.. Berhenti sembahyang Subuh kat pondok tu kejap, fuhh sejuk betul air kat situ.. Dah selesai semua, bergerak ke Kem Lolo.. Kami group depan sekali, ikut Apai.. Oh ye, Apai ni pun baru kenal kat sini.. Orang dekat area Hulu Langat je anytime bleh naik Nuang kot.. See, kawan baru senang je nak dapat masa hiking.. Sampai Kem Lolo, bentang alas, landing time… Bercakap mulut keluar asap weh, cuaca tak sejuk sangat pun.. Sementara tunggu group Salwa kat belakang sampai, bukak dapur untuk buat teh o dulu untuk minum-minum..

Ni laluan trek Nuang Via Pangsun.. Sketch oleh Zawawi Daud yang di share dalam Group Hiking & Camping Arond Malaysia. Thanks dan sangat membantu.

*click gambar untuk tumbesaran

Cantik sketch dan nampak clear laluan dia..

Cantik sketch dan nampak clear laluan dia..

Dan sampailah Salwa and geng Jen dan Ammar.. Jen ni giler laju, die gerak sejam lebih lepas kitorang gerak kot.. Sampai sama-sama dengan Salwa, bela saka ke ape ko ni weh?? haha.. Salwa sampai die masak sandwish sosej, kemain sedap menu siap sayur segar tuh.. Thanks Salwa, next time buat Soto please… haha..

Tudia.. mampu ko breakfast tepi sungai?

Tudia.. mampu ko breakfast tepi sungai?

Lepak-lepak... Gigih Salwa masak oi...

Lepak-lepak… Gigih Salwa masak oi… Aku? sopan je.. muahaha

Sos lebih ye Wa.. 😜

Sos lebih ye Wa.. 😜

Kem Lolo

Lepas dah makan-makan, kami pun nak bergerak lah menuju ke puncak.. Rupa-rupanya Salwa and the geng ni tak nak naik rupanya.. Memang dorang nak sampai Kem Lolo je.. Ceh, sis tertipu.. haha.. Maka kami pun terusan perjalanan.. Oleh kerana musim hujan, trek sangatlah teruk.. Pakai kasut hiking pun tak membantu dah, penuh tanah.. Memang mencabar mental kami semua lah.. Bergerak perlahan je pun.. Setelah separuh perjalanan, kaki En Papa pulak sakit.. Dia cuba teruskan jugak, tapi dah tak mampu.. Sakit sangat katanye.. Ok, die patah balik ditemani Apai.. Kami genggadiskebaya tiga orang ni pun mental dah drop sebenarnya.. Seksa weh trek licin, salah pijak memang jatuh..

Ni ha keadaan trek die.. Nangis weiii..

Ni ha keadaan trek die.. Nangis weiii..

Trek ke kubang b*** nih? haha.. Sis tak carut ye

Trek ke kubang b*** nih? haha.. Sis tak carut ye

Akhirnya sampai kami ke Kem Pacat, bila selisih dengan orang yang turun, semua cakap trek teruk sangat dan licin. Oleh itu, kami ambik keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak.. Walaupun masa tu, baru je pukul 11pagi.. Give up oiii!! Mental ok lagi.. Badan fit lagi.. Cuma tak sanggup je.. hahaha.. Bentang alas kat situ, bukak dapur, menu kami hari tu.. Nasi Goreng sardin tanpa garam, telur hancur dan air teh o.. Menu sihat kan? Padahal lupe bawak garam… Hahaha

Lama lepak kat situ, lepas tu pergi ke depan sikit untuk ambil gambar dengan pokok landmark Nuang, at least ada lah gambar dah sampai Nuang kan.. Haha.. Oh ye, adik aku Azam, Jen dan Amar teruskan ke puncak.. Diorang takpe lah bawak saka.. Memang laju je lah sampai atas kan.. Nah tengok bukti kami dah sampai Nuang walaupun bukan puncak..

Aku memang jenis sweet ngan kengkawan.. haha

Aku memang jenis sweet ngan kengkawan..

Ayu nama die ni.. 😛

Ayu jaguh renang Sungai Jelai.. haha

Betul sis tak nak teruskan ke puncak? - Pajura

Betul sis tak nak teruskan ke puncak? – Pajura

Lagii.. Ingat senang we olls nak sampai sini?

Lagii.. Ingat senang we olls nak sampai sini?

Kem Pacat

Kem Pacat

Dalam pukul 12 tengah hari, bergeraklah kami turun.. Sesungguhnya nak turun lagi mencabar.. Licin sangat-sangat.. Aku dan Fazz telah jatuh dengan bergayanya.. Berselut oii!! Memang comot giler, tak pernah hiking jadi comot macam ni  T__T (nangis).. Alhamdulillah, nasib baik jatuh tak mengalami sebarang kecederaan, kalau tak memang korang kena dukung aku lah.. haha

Nah gambar masa turun.. Tengok trek tu.. Satu penyiksaan..

Masih mampu untuk senyum 😀

Masih mampu untuk senyum 😀.. Sweet lah tu berpegangan tangan? 😜

Tinggi dan licin

Tinggi dan licin

Selepas jatuh.. Comotnye aku.. haha

Selepas jatuh.. Comotnye aku.. haha

Akhirnya setelah beberapa jam, tak ada masa nak tengok jam dah.. Sampai lah kami ke jalan simen ni.. Satu kejayaan OK!!! Adik aku Azam tu pun sampai sama ngan kitorang, giler laju.. Diorang sampai puncak wehhh, kitorang tak pun…

Mula-mula aku sorang je dah sampai..

Mula-mula aku sorang je dah sampai..

Lepas tu mereka sampai.. Beg tu mewakili Azam 😂

Lepas tu mereka sampai.. Beg tu mewakili Azam 😂

Sampai je terus bukak kasut.. Sakit kaki wehh.. Rupanye  dari jalan simen ni nak ke start point tu jauh jugak.. Seksa kaki menurun bukit tu, rasa nak guling-gulung je.. Tak nak jalan dah T__T (nangis lagi)..

Akhirnye (kali ni betul-betul akhir) sampai lah kami ke parking kereta.. Rupa-rupanya Salwa and the geng tunggu kitorang kat situ… Terharu weh T__T (nangis lagiii).. Dan tak lama lepas tu Jen dan Amar sampai.. Selamba je diorang, bak kata En Papa, Jen naik Nuang macam gi pasar je.. Kitorang ni macam nak hujung nyawa dah.. hahaha

Wajah-wajah berjaya ke puncak

Wajah-wajah berjaya ke puncak

Tahniah lah Azam@porter aku ni.. 1st time naik Nuang

Tahniah lah Azam@porter aku ni.. 1st time naik Nuang

Dah settle mandi, solat semua.. Gi makan-makan dan bergambar, lepas tu semua membawa halatuju masing-masing ke rumah… Aku sampai rumah dalam pukul 10malam kot.. Satu pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila..Thanks En Papa yang drive dari pergi sampai balik walaupun sakit kaki.. Kami tidur je sepanjang perjalanan, penat gilerr T__T (nangis lagi sekali)..

Kami yang kekenyangan dan kepenatan

Kami yang kekenyangan dan kepenatan

Gunung Nuang!!! Ko tunggu kami repeat sampai puncak bila dah habis musim hujan nanti.

Best tido kan En Papa.. haha.. Baiiii😜

Best tido kan En Papa.. Ehhh.. Jen pun sedap je tido ye.. muahaha

Sekian

Ok Baiii

Posted in Saya Suka Membebel, Sukan Menjana Kecergasan Minda, This is cool | Tagged , , | Leave a comment