Gunung Suku 05082017. Ini Kisah AKU!

Assalamualaikum..

Ok, setelah sekian lama tak update blog ni..
So, disebabkan kisah ni lain sikit.. Aku update lah, walaupun update pakai handphone je ni.. #sisgigih .. Kes malas nak bukak laptop. haha..

AMARAN!, cerita ni sangat panjang.. Aku reti menaip je, jangan suruh aku lukis pulak.. Walaupun aku boleh@pandai melukis. hahaha. Malas baca, boleh skip.. 😑

Ok lah, meh aku sambung story aku pasal kisah aku hiking Gunung Suku, Simpang Pulai baru-baru ni.. Kisah yang masa bulan 4 haritu lain kali aku story ye.. Sebab story ni rare sikit.. Ramai yang PM aku sebab terkejut aku update keluar pukul 2pagi.. Huhu.. Ramai jugak yang risau sebab tak dapat contact aku dari petang. Call pun tak dapat katanya.. Risau ye.. Sayang jugak korang kat aku kan. Sweet sangat korang ni.. 😘. Sorry ye.. Mak aku dah tau, sebab dapat call adik aku.. Kira dah inform mak lah.. Handphone aku ade je dalam beg, tak ada line kot.. Memang tak pegang sangat.. Masa dah sampai peak baru buka handphone..

So, lineup dari aku ada 10 orang, geng hospital Ipoh. Geng maintenance katanya, hebat betul semua boleh gi hiking ramai-ramai walaupun ade yang tengah on call.. Ok yang ni aku tak campur.. hahaha

Lebih kurang pukul 7.30 pagi, semua dah ada kat starting point, diorang gerak dari surau kat Simpang Pulai tu, aku gerak dari Cameron Highlands.. Sampai parking kt starting point tu, terkejut aku tengok parking penuh weii.. Ramainya naik hari tu.

Pukul 7.50pagi kami gerak ke dalam sikit untuk stretching dan sikit pesanan dari guide.. Ok, masa ni total semua peserta adalah 20orang. Campur dengan geng yang guide bawak.. Sumpah aku lupa nama guide kawan Epoy tu sebab nama die panjang. Sorry.. haha. Selesai semua stretching dan bacaan doa sikit, bergerak lah kami dalam pukul 8.00pagi..

Oh ya, sebelum kami start, ada 1 group dah jalan dulu.. Ramai, lebih kurang 40orang kot.. Sekali tengok, eh macam kenal je.. Syazmel @ Mel rupenya.. Pernah ontrek sama-sama naik Gunung Semanggol tahun lepas.. Kecik je dunia hiking ni kan. Tegur-tegur dulu jap.. Die tak ingat aku kot mula masa tegur tu, yelah trip die banyak sangat.. Tiap minggu hiking, bawak pulak bukan sikit-sikit geng, camne nak ingat kan? hahaha

Ok, sambung balik.. Bergeraklah kami dengan perlahan-lahan menuju puncak.. Semua layan je, aku duk tengah-tengah dengan Azam (mana boleh tinggal porter aku ni).. Epoy macam biase, sweeper yang kental duk belakang sekali.. Pergerakan kami agak slow. Group guide depan sekali padu sangat, berdesup tinggal kami yg kat belakang ni.. Aku masih setia dengan group tengah-tengah ni.. Bila rasa macam group belakang jauh je, kami tunggu kejap..

Setelah lebih kurang 3jam lebih perjalanan kami merentasi trek Gunung Suku yang pacak tu, sampai lah kami dekat water point (sungai kecik je). Sampai situ lebih kurang pukul 11.30pagi.. Masa ni, aku dah pandang Epoy sebab agak lambat dah ni.. Sepatutnya, mengikut perancangan, kami kena sampai peak pukul 12.00tengah hari untuk elak keluar malam.. Tapi takpe, sebab semua nak jugak sampai puncak, kita teruskan perjalanan. Masa kat sini Epoy cakap ada 2 orang dh give up.. Nak tunggu kat situ je.. Aku pun ok jelah, aku teruskan bawak yang mana nak ke puncak tu.. Serius masa ni aku redho je, sebab confirm keluar malam ni.. 😰😰

So, teruskan perjalanan.. Tiba-tiba dengar suara Syafiq (dia ni yang nak tunggu kat waterpoint tadi).. Lahh.. Tak jadi give up lepas kena bakar ngan kawan-kawan dan group lain.. Dia dan Anis (lagi sorang yang give up tadi) teruskan jugak.. Thumbs up..

Sampai puncak tipu tu lebih kurang pukul 1.30petang.. Tu pun belum semua sampai, aku masa ni bawak Lee.. Kesian sebab kaki dia dah gigil teruk masa ni.. Aku tolong tarik dia je lah bila kena trek yang tinggi sikit.. Tapi semangat dia kuat sangat.. Ingat nak tunggu group belakang tu dekat puncak tipu ni, tapi tak sampai-sampai pulak.. So kami decided untuk teruskan dulu perjalanan..

Lepas puncak tipu ni lah dapat tengok mossy yang cantikk.. Gunung Suku ni mossy dia belum diusik lagi, trek dia ngam-ngam je untuk jalan.. Kiri dan kanan penuh mossy.. Ni lah sebab aku suka Gunung ni walaupun trek dia pacak tanpa diskaun.. Nah belanja gambar mossy sikit…

Mossy kat sini banyak jenis

Mossy kat sini banyak jenis

mossy gunung suku 2

Cantik kann? 😍

Ok, ni Lee

Ok, ni Lee

Tiba-tiba terjumpa balik Mel nih.. Ok selfie jap, dia suruh upload kat FB and tag dia katanya.. Suruh upload kat peak nanti, ada line katanye… Nah aku letak jugak gambar ko kat sini.. 😑

Yang tersenyum bahagia kat belakang tu lah Mel..

Yang tersenyum bahagia kat belakang tu lah Mel..

Akhirnya sampai lah kami ke puncak dalam pukul 2.45petang kot.. Aku tak tengok jam sangat.. Bentang groundsheet, bukak stove.. Masak air dulu.. Masa ni group belakang tu belum sampai lagi.. Diorang sampai pukul 3.00petang kot.. Ok, dah buat teh o panas.. Masak sardin pulak.. Bagi diorang makan cicah roti dulu.. Aku sambung buat cekodok ikan bilis.. (yer aku masak, Fazz ngan Ayu jangan tak percaya pulak, 😑. biase chef Fazz yang masak kan.. Aku ada saksi ok.. hahaha)

Biasa lah, kat puncak bila semua tengah lapar, licin semua makanan. hahaha.. Peak penuh sangat, memang ramai betul naik harini.. Fuhh!!.. Tapi masa ni dah ada group yang nak turun. Tinggal lah group kami je kat peak..Dah habis makan, ada yang semangat bergambar, ada yang solat.. Ada yang tidur (Epoy lah tu 😂).. Masa ni dah ada sebahagian dari group kami dah turun dulu, tinggal lah kami semua 15 orang..

View dari puncak..

View dari puncak..

View dari sebelah lagi.. Azam si porter 😂

View dari sebelah lagi.. Azam si porter 😂

Ni group kami yang berjaya ke puncak. Congratulations!

Ni group kami yang berjaya ke puncak. Congratulations!

Pukul 4.15petang macam tu, start kemas-kemas nak turun.. Tanya semua ada headlamp ke tak? hmm.. ramai pulak yang tak ada.. Fuhh dugaan nih, tapi redho jelah.. haha.. 4.30petang start turun.. Nak sampai water point tu sebelum gelap.. Nah gambar kat puncak tipu masa kami turun.. Nampak peak Gunung Suku dari situ.. Ada yang berenti untuk solat Asar dulu..

Tu sana tu puncak Gunung Suku. Dah kena tutup dengan kabus

Tu sana tu puncak Gunung Suku. Dah kena tutup dengan kabus

Akhirnya, dengan pergerakan yang perlahan, sampailah kami kat water point tu dalam pukul 7.15malam.. Tunggu Maghrib kejap.. Banyaknya agas time ni, gemok-gemok pulak tu.. Gatal weh kena gigit.. Sampai sekarang merah-merah dan gatal-gatal tangan aku 😭😭.. Dah Maghrib, Hakim azan jap.. Yelah, dah malam kan.. Time ni seram ada, syahdu pun ade.. Tak tahu nak cakap macam mana sebab first time aku duduk dalam hutan time Maghrib.. Perjalanan jauh lagi pulak tu.. huhuhu

Dah settle solat Maghrib, bergerak lah kami turun.. Selang seli yang ada headlamp ngan yang tak ada, ada jugak pakai lampu powerbank dan lampu handphone.. Aku duduk tengah-tengah belakang Syafiq depan Tikah .. Sungguh berjalan malam sangat mencabar dan terhad.. Sebelum ni pernah je aku gi trip awal pagi pukul 4.00pagi start hiking. Tapi yang ni lain weii, badan semua dah penat.. Mental pun dah tak berapa ok time ni kot.. huhu..

Pergerakan kami slow sangat.. Ada yang dah sakit kaki, maksudnya sakit sangat sampai tak boleh nak jalan.. Kejap-kejap kena berhenti rehat.. Target masa ni pukul 10.00malam sampai starting point.. Tapi pukul 9.00malam kami baru sampai point yang ada mossy sikit-sikit tu 😭😭.. Guide suruh rehat kat situ kejap, bancuh teh o. Masak maggi jap, bagi diorang minum-minum dan makan apa yang ada dulu..

Rehat kejap.. Masing-masing kepenatan

Rehat kejap.. Masing-masing kepenatan

Kepenatan.. Tikah masih ceria.. 😁

Kepenatan.. Tikah masih ceria.. 😁

Siap minum dan makan, gerak balik pukul 9.30malam. Beberapa lama lepas tu, Lee dah tak larat nak jalan.. Hana terpaksa papah dia.. Untuk cepatkan sikit pergerakan kami.. Jauh jugak lah Hana papah dia.. Lama lepas tu, Hana pun dah tak larat nak papah Lee.. Aku tukar, aku pulak papah die.. Memang die dah tak larat sangat.. Bukan kaki je gigil, badan die pun dah tak mampu nak bangun. Kesian sangat, dah nangis kot. Tapi perjalanan jauh lagi 😭😭.. Bila sampai kat trek tali last tu, Ya Allah bersyukurnya tak jauh dahh..

Akhirnya, sampailah kami dekat starting point pukul 1.50pagi.. Orang last sekali keluar dari situ pukul 2.00pagi.. Ya Allah 17 jam duduk dalam hutan.. .😱😱. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat semua selamat.. Injured pun sikit-sikit je.. Nak nangis rasanya.. 😭😭😭..

Salam semua, say good bye.. Harap tak serik dan semoga jumpe lagi.. Walaupun semua nampak dah menyesal.. huhuhu..

Sedikit ringkasan waktu perjalanan kami..

8.00pagi – Start naik
11.30pagi – Water point
1.30ptg – Puncak tipu
2.30ptg – Mossy Forest
3.00ptg – Peak Gunung Suku
4.30ptg – Start turun
7.30mlm – Waterpoint
9.00mlm – Peak yg ada mossy sikit
2.00pagi – Starting point

Masa perjalanan naik = 7jam

Masa perjalanan turun = 9jam 30minit..

Masa keseluruhan termasuk rehat = 17jam

Giler lama.. Hahaha.. (Nangis weh 😭😭)

(jangan percaya yang kat blog atau facebook tu 3 jam je katanye.. Yang tu masa untuk kaki hiker dan yang memang padu je, untuk yang jarang hiking atau first timer kena estimate lebih sikit masa tu)

Ni yang aku belajar dari trip ni.. Memang pengalaman dan pengajaran yang tak kan aku lupa sampai bila-bila..

  1. Gunung Suku bukan biasa-biasa untuk orang yang baru hiking.. Pacak dia memang tak ada diskaun.
  2. Kelengkapan asas seperti headlamp dan basic ubatan kena bawak walaupun trip “daypack”.. Kita tak boleh jangka apa yg akan jadi kan..
  3. Makanan dan air kena bawak lebih.
  4. Mental kena kuat, jangan salahkan kawan-kawan, kena sentiasa support each other. Masa ni, tak ada siapa yang salah. Yang penting semua selamat (yang ni epoy cakap 😂)
  5. SABAR dan TAWAKAL

Dan, jangan risau.. Tak ada apa-apa yang pelik pun jadi kat kami masa dalam hutan tu. Alhamdulillah. Semua behave, Allah jaga kami semua.. Yang jadi hanya lah kami PEWAI berjamaah.. Tu yang sampai pukul 2.00pagi duduk dalam hutan tu.. 😂😂

Ok, sekian karangan dari aku di malam hari ni..
Jumpe di lain post..

*Edited

Ini adalah Epoy yang banyak disebut dlm kisah ni.. 😂

Ini adalah Epoy yang banyak disebut dlm kisah ni.. 😂

By the way sis belum serik naik Gunung Suku.
Baiii..

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Sukan Menjana Kecergasan Minda, Nasihat dan Pedoman, Waaa.. Nk Nangis, This is cool, hiking, adventure and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.