Bukit Raka, Bentong, Pahang

Assalamualaikum..

Trip Bukit Raka ni seminggu sebelum aku naik Gunung Suku.. Kira trip warming up kami setelah lama bercuti bulan puasa dan raya.. Bincang-bincang dengan #genggadiskebaya aku tuh, nak naik mana. Keluarlah cadangan aku Bukit Raka.. Sebab lokasi tengah-tengah.. Fazz tuh duduk KL..

Nama bukit ni agak asing sebab tak pernah naik.. Dengar pun dari geng marathon aku dari Raub tu.. Sebab dia selalu naik situ.. Try google, tak ada orang cerita sangat pasal bukit ni.. Roger kawan aku tu kot-kot boleh bawak kami naik Bukit Raka, tapi hari yang sama tu ada larian obor Sukan Sea dekat Bentong.. Tak dapatlah dia nak bawakan kitorang.. Tanya dia je mana starting point Bukit Raka tu, dia pass kat kawan die pulak.. Dah jumpa je, pandai-pandai lah korang tengok trek katanye.. 😂😂

So, nekad je lah nak pergi redah je.. Sebab katanya trek dia senang je… Ok, sampailah hari kejadian, kami gerak pukul 5.00pagi sebab nak start hiking dalam pukul 7.00pagi.. Ok, meh aku bagitahu lokasi Starting Point ke Bukit Raka.. Masuk ikut Taman Bentong Makmur.. Straight je sampai hujung simpang, jumpa rumah kongsi bangla yang tengah buat kawasan perumahan tuh..

Ni haa.. starting point Bukit Raka

Ni haa.. starting point Bukit Raka

Parking kat sini je.. agak terhad.. Tak tahu knp gate tu tak dibuka.

Parking kat sini je.. agak terhad.. Tak tahu knp gate tu tak dibuka.

Dah parking, kami teruskan perjalanan. Kat sini aku nak tunjuk arah mana untuk naik ye.. Gambar sangat banyak dalam post ni ye.. huhu

Mulakan perjalanan anda ikut jalan ni..

Mulakan perjalanan anda ikut jalan ni..

Jumpa simpang ni, ikut jalan kanan

Jumpa simpang ni, ikut jalan kanan

Yang ni confuse sikit.. Sebab trek tak clear.. Jalan ikut kebun getah tu ye..

Yang ni confuse sikit.. Sebab trek tak clear.. Jalan ikut kebun getah tu ye..

Nanti akan lalu dekat tepi rumah burung layang-layang ni..

Nanti akan lalu dekat tepi rumah burung layang-layang ni..

Ikut je trek yang nampak kesan orang banyak lalu.

Ikut je trek yang nampak kesan orang banyak lalu.

Sampai hujung jalan kebun getah tu, nampak laluan masuk ke dalam hutan simpan ni.

Sampai hujung jalan kebun getah tu, nampak laluan masuk ke dalam hutan simpan ni.

Teruskan perjalanan anda ikut trek je.

Teruskan perjalanan anda ikut trek je.

Kalau tak pasti, tengok je tanda-tanda yang macam ni sepanjang trek

Kalau tak pasti, tengok je tanda-tanda yang macam ni sepanjang trek

Nanti jumpa pokok besar ni.

Nanti jumpa pokok besar ni.

Jalan je terus.. 😂

Jalan je terus.. 😂

Ok dah sampai tempat pertama kena panjat.. Tinggi jugak.. Jangan risau sebab ada tali

Ok dah sampai tempat pertama kena panjat.. Tinggi jugak.. Jangan risau sebab ada tali

Haa.. panjat

Haa.. panjat

Dah habis panjat, ikut je trek.. jumpe tempat batu-batu besar ni

Dah habis panjat, ikut je trek.. jumpe tempat batu-batu besar ni

Ambil gambar kat sini dulu. 😂

Ambil gambar kat sini dulu. 😂

Ok, tempat kena panjat ke dua.. Hati-hati .. Batuan kat sini ada yang goyang-goyang..

Ok, tempat kena panjat ke dua.. Hati-hati .. Batuan kat sini ada yang goyang-goyang dan licin..

Come to me Ayu. 😂

Come to me Ayu. 😂

Tengah fikir nak pijak mane ke tu Fazz? haha

Tengah fikir nak pijak mane ke tu Fazz? haha

Tengok Fazz yang dalam perut ada ikan tgh berenang katanya. Tu la, sape suruh tak breakfast?😑

Tengok Fazz yang dalam perut ada ikan tgh berenang katanya. Tu la, sape suruh tak breakfast?😑

Tempat last kena panjat.. Yang ni paling mencabar kot

Tempat last kena panjat.. Yang ni paling mencabar kot

Ni view dari atas.. Tegak betul kena naik.

Ni view dari atas.. Tegak betul kena naik.

Yeah.. merangkak di situ.. haha

Yeah.. merangkak di situ.. haha

Ok dah habis bab panjat.. Lepas tu kami di sajikan dengan trek yang cantik.. Suka betul aku dengan trek macam ni.. Lagi best sebab tak ada orang langsung. huhuhu

Cantik kan? clear je laluan dia

Cantik kan? clear je laluan dia

Melalui celahan pokok-pokok

Melalui celahan pokok-pokok

Trek ada menaik sikit

Trek ada menaik sikit

Posing banyak-banyak kat sini

Posing banyak-banyak kat sini

Suka betul aku dengan hutan..😂

Suka betul aku dengan hutan..😂

Diorang layan view.. Cantik, nampak macam empangan kat bawah tu.. Tak sure empangan ke tasik. huhu

Diorang layan view.. Cantik, nampak macam empangan kat bawah tu.. Tak sure empangan ke tasik. huhu

Dan, selepas tengok view kat situ.. Sampai lah kami ke puncak.. Yeahh.. Bentang ground sheet, mulakan aktiviti memasak.. Oh ya, ada 1 group dari Bentong masa kitorang sampai tu..

Geng ni, gambar curi-curi diambil oleh Fazz.. Excuse kaki Alan kat situ 😂

Geng ni, gambar curi-curi diambil oleh Fazz.. Excuse kaki Alan kat situ 😂

Sebelum diorang turun, mintak ambilkan gambar kami 1 group dulu..

Sebelum diorang turun, mintak ambilkan gambar kami 1 group dulu..

Gaya meraikan kejayaan misi main redah je kami ni..

Gaya meraikan kejayaan misi main redah je kami ni..

Chef kami sedang masak, aku sedang buat ig stories.. Porter kami baring-baring 😂

Chef kami sedang masak, aku sedang buat ig stories.. Porter kami landing baik punye.. Ayu? ambikkan gambar kamiĀ 😂..

Ni lah chef kami bila kat puncak gunung/bukit.. Serius dia masak sedap weii

Ni lah chef kami bila kat puncak gunung/bukit.. Serius dia masak sedap weii

Menu kami hari tu, spaghetti ok.. Gigih cari bunga nak buat hiasan.. 😂

Menu kami hari tu, spaghetti ok.. Gigih cari bunga nak buat hiasan.. 😂

Makan sambil layan view.. Lain betul feel dia bila makan kat puncak ni..

Makan sambil layan view.. Lain betul feel dia bila makan kat puncak ni..

Dah siap makan, sesi bergambar banyak-banyak lah pulak..

Dah siap makan, sesi bergambar banyak-banyak lah pulak..

Dah habis bergambar semua, kemas-kemas.. Marilah kita turun.. Yeah..

Kau kenapa Fazz? haha.. Budak ni gayat sebenarnya, tapi jenis kuat semangat.. Gigil kaki dia kot.. hahaha

Kau kenapa Fazz? haha.. Budak ni gayat sebenarnya, tapi jenis kuat semangat.. Gigil kaki dia kot.. hahaha

Turun dengan berhati-hati ya..

Turun dengan berhati-hati ya..

Dah sampai bawah yeayy.. Tu kat sana tu lah puncak Bukit Raka.

Dah sampai bawah yeayy.. Tu kat sana tu lah puncak Bukit Raka.

 

Ok, RINGKASAN perjalanan kami..

7.30pagi = mula mendaki

9.30pagi = puncak Bukit Raka

11.00pagi = mula turun

12.50tgh hari = starting point

Masa untuk naik = 2 jam

Masa untuk turun = 1 jam 50minit

Jumlah masa keseluruhan = 5jam 20minit.

Pendakian kami adalah sangat SANTAI dengan banyak berhenti untuk ambil gambar dan kepenatan setelah lama bercuti. 😂

Nah gambar pokok-pokok yang bagi aku sangat cantik kat Bukit Raka ni.. Ada jugak serangga..

Mossy pun ada lahh..

Mossy pun ada lahh..

Apa ntah nama tumbuhan ni.. Banyak kat sini

Apa ntah nama tumbuhan ni.. Banyak kat sini. Hijau dia cantik..

Pokok apa pun tak tahu lah.. Unik kulit dia kan..

Pokok apa pun tak tahu lah.. Unik kulit dia kan..

Pokok duri-duri tersusun cantik. 😂

Pokok duri-duri tersusun cantik. 😂

Sekampung semut.. Semut perut gemuk. haha

Sekampung semut.. Semut perut gemuk. haha

Batuan kat sini unik sikit.. Die tak sempat nak compress n compact kot.. haha

Batuan kat sini unik sikit.. Die tak sempat nak compress n compact kot.. haha

Edited : View Bukit Raka dari drone. Credit to tuan punya video Gan Leonhart

Ok, sekian pasal Bukit Raka.. Bagi aku trek dia sangat lah best.. Yang pasti kami akan repeat lagi lain kali.. Recomended sangat jadi tempat untuk training hiking kat sini..

Oh ya, kami tak terus balik.. Sebab ada misi mandi manda kat air terjun Chamang dulu.. Kalau siapa yang dari luar tu, memang sesuai lah pergi dua-dua tempat ni sekaligus.. Sebab sangat lah dekat..

Tapau KFC untuk lunch.. Ni punca Fazz gemok bila hiking.. Makan banyak.. haha

Tapau KFC untuk lunch.. Ni punca Fazz gemok bila hiking.. Makan banyak.. haha

First time panjat sampai atas ni.. Cantik, tapi menakutkan tengok air dia laju sangat..

First time panjat sampai atas ni.. Cantik, tapi menakutkan tengok air dia laju sangat..

Air sejuk sangat, celup kaki pun dah mengigil oii..

Air sejuk sangat, celup kaki pun dah mengigil oii..

Ok last.. Posing paling bergaya dari kami bertiga.. haha

Ok last.. Posing paling bergaya dari kami bertiga.. haha

Ok sekian kisah Bukit Raka dan Air Terjun Chamang.. Tempat yang menarik kat Bentong ni, tak jauh pun dari KL.. Sejam je kot.. Siapa nak gi boleh lah.. Senang, tenang dan santai dua-dua tempat ni..

Ok baiii..

#genggadiskebaya!! next trip pleasee.. 😂😂

 

 

 

 

 

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Jom Jalan2, Sukan Menjana Kecergasan Minda, This is cool, hiking, adventure and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.