Gunung Irau, Kisah April 2017 ~ Part 1

Bismillah..

Assalamualaikumm

Dah lama sis tak menaip ni.. Malas buka laptop, taip pakai handphone je ni.. Maaf kalau typo.. Terpaksa buat by part sebab cerita panjang sangat.. huhu..

Oklah, ini kisah aku naik Gunung Irau pada 9 April 2017 yang lalu aku sekali lagi mendaki Gunung Irau.. Sebenarnya macam ni ceritanya, aku booking permit dan transport (4×4) untuk 30 orang peserta sebab ada kawan minta tolong booking.. Aku pun booking lah, sebulan lebih sebelum tarikh kejadian¬†kot.. Sebab Gunung Irau ni agak hot!, limit 100 orang sehari.. Kalau lambat booking susah nak dapat, kecuali untuk group yang kecil, senang sikit nak selit.

Tapi, lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh tu, diorang semua cancel cakap tak nak pergi.. Runsing aku, dah booking dengan deposit.. Dan dah reserved 5 seat untuk geng aku.. Kalau cancel memang burn deposit, banyak jugak tuh.. Memang bukan duit aku, tapi kena jaga nama baik aku jugak sebab aku selalu bawak kawan-kawan naik Irau pakai service company yang aku dah booking ni.. Buatnye lain kali die dah tak nak layan aku sebab cancel last minit? Sedeyy wehh.. Total semua cost RM1k++.. Memang kena blacklist lah aku.. (nangis kat bucu katil).. hahaha

So, aku pun cuba cari orang ganti.. Dapat dalam 10 orang je termasuk geng aku.. Nak proceed jugak trip ni. Aku sebarkan kat group hiking yang lain.. Banyak jugak lah, dalam 5 group kot.. Ada jugak kawan-kawan yang cuba tolong, thanks korang.. Dapatlah tambah sikit lagi.. Masa dah tinggal seminggu sebelum tarikh.. Aku nekad je post kat facebook dalam group Hiking and Camping Around Malaysia (boleh search sendiri).. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.. Ramai yang bertanya, majoritinya berminat.. Harga yang aku letak? Cukup-cukup untuk yang aku booking je, tak ada ambik untung pun.. Serius tak ada untung pun, siap kena import adik aku dari Taiping lagi untuk tolong jadi guide. Yelah, ramai-ramai kan, risau jugak aku..

Oklah, dah cukup semua peserta.. Alhamdullillah.. Merata-rata datangnya, dari utara sampai selatan ada.. Hahaha.. Dapat geng baru 1 Malaysia ok..

Settle semua yang nak join semua buat pembayaran, tiba lah hari kejadian.. Nervous jugak aku nak handle ramai-ramai.. Dah lah majoritinya tak kenal.. huhu.. So, final line up ada 29 orang semua sekali termasuk geng aku dan adik aku yang di import jadi guide.. Thanks banyak-banyak jugak untuk Ayu dan Fazz yang sudi tolong aku jadi guide & sweeper skali.. Nanti ¬†aku belanja jajan.. 😂.. Oh ya, trip aku ni package sekali dengan breakfast nasi lemak ayam goreng bersama teh o panas… Harga makanan kat Cameron memang mahal, nak tau pm tepi. 😂.

Semua dah sampai, cek nama seorang-sorang dulu.. maklumlah semua tak kenal.. Ada yang biasa hiking dan ade yang first time.. Sis redho je la sambil doa semoga semua dipermudahkan.. Settle semua makan breakfast, bergerak lah kami naik powil ke kaki gunung.. Nah belanja gambar dalam powil sikit.

Semua muka ceria lagi ye.. huhu

Semua muka ceria lagi ye.. huhu

Ni sebelum start pendakian.. Meriah kan… Paling kecik anak sedare sis umur 11 tahun..

Semua line up sis haritu.. Hai kawan baru yg dah jadi kawan sampai sekarang 😂

Semua line up sis haritu.. Hai kawan baru yg dah jadi kawan sampai sekarang 😂

To be continue… hahaha..

*nanti sis sambung menaip dengan gambar banyak-banyak ye.. Banyak story dengan geng ni.. Semua best-best.. 👍

Ok baii..

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Luahan Perasaan, Sukan Menjana Kecergasan Minda, hiking, adventure and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.