Hai Bukit Terisek – Ini Kisah Aku

Assalamualaikum

Ok, ini cerita tahun lepas, aku naik Bukit Terisek ni sebelum naik Pine Tree Hill sebenarnya.. Aku naik pada 21 Ogos 2016.. Kan aku nak cerita semua yang jadi tahun lepas walaupun dah basi dan ada yang dah tak ingat sangat.. Post ini juga adalah untuk memberi sokongan terhadap tahun melawat Pahang 2017.. #visitpahang2017  gitewww..

Bukit Terisek ni terletak dalam Taman Negara Kuala Tahan, agak jauh dengan tempat aku sebenarnya.. Lebih kurang 150 kilometer dari Kuala Lipis.. Jauh kan.. Tapi tak apa lah, layankan saja lah…

Aku pergi berdua je dengan Ayu, kami join event geng NHC (Northern Hikers Community) yang diorang open trip dekat group HACAM (Hiking and Camping Around Malaysia) dekat Facebook. Sebab rasa memang dah lama tak pergi Taman Negara.. Last aku pergi dulu masa form 3 kot camping dengan geng Persatuan Silat Sendeng (ye sis dulu budak-budak silat, jangan sampai sis bukak bunga) hahaha..

Dah sampai!

Dah sampai!

Tak ingat pulak pukul berapa aku ngan Ayu gerak.. Kan dah cakap ni cerita tahun lepas, memang tak ingat lah.. Yang pasti kitorang sampai on time sebelum waktu yang ditetapkan.. Sempat beli nasi lauk ayam masak kicap lagi tu untuk makan kat puncak nanti… Lepas tu, jumpa lah kami dengan organizer hiking kali ni.. Muner nama die, first time lah jumpe ni.. (hiking memang boleh dapat ramai kawan kan).

Jeti ke seberang.. Biasa kalau banjir, sini dulu tenggelam

Jeti ke seberang.. Biasa kalau banjir, sini dulu tenggelam

Dah cukup semua peserta sampai seramai 10 orang, bergerak lah kami ke Sungai.. Oh ya, nak masuk Taman Negara melalui Kuala Tahan ni kena naik bot untuk ke seberang sungai ya.. Bayaran hanya lah RM1.00 untuk dua hala, pergi dan balik… Sampai ke seberang, tunggu Muner buat permit dulu, kitorang bergambar sakan lah kejap kat situ. Bukan selalu dapat ke sini kan…

Naik bot wehh

Naik bot wehh

Partner in Crime!! Ayu, masih single. Ehh.. haha

Partner in Crime!! Ayu, masih single. Ehh.. haha

Park Centre

Park Centre

Settle semua, stretching sikit-sikit, jom naik Bukit Terisek.. Kemain semangat awal-awal tu lalu laluan yang disediakan.. Teduh je bawah pokok-pokok besar.. Makin lama makin banyak tangga.. TANGGA oii…. Bapak lah tinggi.. Sakit lutut aku yang dah memang sakit tu.. Tak habis-habis tangga, semput kot… Serius aku tak tipu.. haha

Kami semput naik tangga..

Kami semput naik tangga..

Penat naik tangga ke kak? haha

Penat naik tangga ke kak? haha

bukit terisek

Sis semput oii

Menghilangkan penat masing-masing setelah naik TANGGA!!

Menghilangkan penat masing-masing setelah naik TANGGA!!

Setelah melalui BANYAKK tangga, sampai lah kami ke view point pertama.. Kat point ni je kot yang nampak view luas sikit… Bergambar kejap banyak-banyak kat sini.. Wajib bergambar ye, tiap kali hiking untuk tunjuk bukti kat anak cucu nanti..

First view point

First view point

Kami semua baru kenal.. yeahh

Kami semua baru kenal.. yeahh

Dah settle kat situ, kami teruskan perjalanan.. Kali ni melalui laluan trekking.. Laluan macam ni baru lah best kan.. Laluan yang jelas sebab memang ramai yang naik sini terutamanya pelancong luar.. Dan sampai lah kami kat puncak, tak jauh pun dari point tadi, setengah jam kot.. Total masa sampai puncak ni dalam 1.30minit je.. Sesuai lah untuk beginner, untuk training pun sesuai ni sebab banyak tangga.. View kat puncak ni nampak sikit je..

Peak view.. Bersepah Mat Saleh.. Haha

Peak view.. Bersepah Mat Saleh.. Haha

Kami 10 orang bersjaya sampai puncak

Kami 10 orang berjaya sampai puncak

Geng baru kenal

Geng baru kenal. Dan terus jadi kawan.. 😉

Menikmati lunch kami di puncak kejayaan.. Kemain minyak kau kann...

Menikmati lunch kami di puncak kejayaan.. Kemain minyak kau kann…

bukit terisek taman negara

Bukit Terisek.. Done!!

Sampai puncak, ambil gambar kejayaan kejap.. Bawa trade mark member yang jauh lagi sorang tuh.. Lepas tu makan nasi lauk ayam kicap yang di tapau tadi.. Sedap jugak lah bila makan masa lapar kan.. huhu.. Dah siap semua, bergambar sepuas hati, kami pun bergerak turun.. Turun lalu trek lain (yang ni aku suka).. Turun agak laju sebab trek menurun je.. Best sambil layan pokok-pokok besar dan bunga-bunga hutan. Teduh je trek ni.. Maklumlah Taman Negara kan, masih terpelihara.. Tengok beberapa gambar tumbuhan yang sempat aku snap.

Cantik betul pokok2 besar taman negara ni

Cantik betul pokok2 besar taman negara ni

Flora

Orang Pahang panggil ni Kulat..

Buah apa entah ni

Buah apa entah ni

Kulat!

Kulat!

Macam buah rambai kan? tak tahu lah boleh makan ke tak ni

Macam buah rambai kan? tak tahu lah boleh makan ke tak ni

Sis tumpang tidur kat pokok ni jap

Sis tumpang tidur kat pokok ni jap

Sesi memanjat dari Ayu dan Muner

Sesi memanjat dari Ayu dan Muner

Aku dan alam berpisah tiada.. Gitewww

Aku dan alam berpisah tiada.. Gitewww

Dan akhirnya kami sampai tempat yang di tunggu-tunggu.. SUNGAI!!.. Air sejuk, ikan banyak.. Boleh celup kaki sambil layan ikan-ikan urut kaki.. Kebetulan ada bawak roti, apa lagi bagi ikan makan lah.. Teruja jap tengok ikan tu duk berebut-rebut makanan.. Lama jugak kitorang lepak kat sini, sambil tengok bot-bot bawak pelancong lalu sekali-sekala.. Siapa nak mandi kat sini pun boleh, ada jugak lah geng yang mandi-manda join Mat Saleh duk berenang-renang tuh.. Aku tak mandi sebab tak ada bawak baju lebih.. huhu.

Nasik malukut.. sayur keladi.. untuk ibuku si ikan kaloi... Ehh. Ternyanyi pulak.. haha

Nasik malukut.. sayur keladi.. untuk ibuku si ikan kaloi… Ehh. Ternyanyi pulak.. haha

Lubuk Simpon namanya tempat ni.. Btw Simpon tu menatang ape wei??

Lubuk Simpon namanya tempat ni.. Btw Simpon tu menatang ape wei??

Sejuk oiii

Sejuk oiii

Bot melintas

Bot melintas

Dah puas lepak situ, kami bergerak lah untuk pulang, ambik gambar kat signage besar Taman Negara tuh dulu ramai-ramai sementara tunggu bot datang ambik.. Dah naik bot ke seberang, cari kedai makan untuk makan-makan dan sembang-sembang dulu.. Lepas tu kami pun bersurai…

Misi selesai.. Yeahh

Taman Negara.. Done!

Taman Negara.. Done!

Tunggu bot nak balik

Tunggu bot nak balik


 

Bagi aku,

  • Bukit Terisek ni biasa je, tak ada view sangat puncak dia (aku lebih suka puncak yang ada view wooww). Tapi yang best adalah bila boleh lepak-lepak kat sungai sambil layan view dan anak-anak ikan main kat kaki.. Boleh je bawa budak-budak kecik hiking kat sini sebab trek yang senang dan jelas.. Jangan lupa bawa baju lebih untuk mandi-manda, air yang bersih dan sejuk.. Kalau nak lagi best boleh naik Canopy Walkway (jambatan gantung). Tapi ada tambahan harga, aku tak ingat berapa ringgit, aku tak naik pun haritu. Tapi dulu aku pernah naik, memang best lah jambatan gantung tuh tinggi sangat dari pokok-pokok lain dan pembinaan dia tidak menggunakan paku..

Oklah itu sahaja dari aku.. Sekian

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Jom Jalan2, Sukan Menjana Kecergasan Minda, hiburan tanpa sempadan, This is cool, hiking, adventure and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.