Hai Gua Bama – Part 2 (Ini versi sambut birthday)

Assalamualaikumm..

Lama tak singgah sini, busy dengan kerja dan bercuti dengan family Chinese New Year baru ni.. Nanti aku story lain pasal percutian yang best tuh..

So, kali ni aku nak cerita pasal aku naik Gua Bama untuk kali kedua, seminggu selepas yang first time haritu, iaitu 22 January 2017. Tapi naik kali ni agak berbeza sikit, sebab kami ada misi sambut birthday Nana kat puncak tuh, birthday Nana 21 January.. Sambut 22 haribulan kira ok lagi lah kan.. Happy Birthday Nana, last sambut birthday single nih, tahun depan dah berdua.. Selamat Pengantin Baru!!! Eh, belum lagi… hahaha

Oklah, pada 22 January tersebut kami seramai 10 orang bergerak lah ke kaki Gua Bama tu.. Bawak Kanc aku ngan adik aku je.. Patie ngan budak-budak sekampung 5 orang.. Lepas tu tunggu Lyana, Watiey ngan Birthday girl Nana sampai.. Masa tu dah pukul 8.30 pagi.. En Guide pulak belum muncul.. Risau pulak aku sebab budak-budak ni ade yang tak pernah hiking.. Ramai weh.. #matikklahh nakkk.. Akhirnya sampailah Guide yang ditunggu tu.. Dah dekat pukul 9.00 pagi baru kami nak mulakan pendakian…

Gambar grop dulu sebelum memulakan pendakian

Gambar group dulu sebelum memulakan pendakian

Mulakan dengan stretching sikit, bacaan doa.. Dan kami mulakan pendakian.. Bergambar dulu satu group kat signboard Gua Bama tu.. Lepastu bergeraklah kami perlahan-lahan.. Awal-awal lagi dah jumpe tangga kat sini.. Lemah betul lutut.. Lutut aku belum recover sepenuhnya lagi.. Memang kena pakai support untuk lutut. Kalau tak memang seksa.. haha.. Yang lain pun agak perlahan.. Berapa banyak anak tangga yang terpaksa lalu entah, lupa nak kira.. Tak apa, next time aku kira.. Tapi yang pasti memang mencanak tingginya..

Sempat lagi selfie deme ni ye..

Sempat lagi selfie deme ni ye..

Oleh kerana haritu misi kami sambut birthday Nana, beberapa hari sebelum tu memang dah bincang nak bawak kek naik atas.. Kek pilihan kami adalah Creme Brulee sebab rasanye kek tu je yang bleh tahan lama sikt dan tak cair.. Yelah, kang sampai atas jadi nasik ke, lempeng ke, cekodok ke. Sape nak makan nanti kan… Dengan gigihnya aku bawak naik atas ye, ade beberapa tempat kena mintak bantuan orang jugak sebab tak ade tempat nak letak ataupun batuan yang sangat curam tuh…

Mendaki dengan bergaya mereka ni ye..

Mendaki dengan bergaya mereka ni ye..

Diorang ni sampai dulu.. Ni kat first peak... Aku jauh di belakang.. haha

Diorang ni sampai dulu.. Ni kat first peak… Aku jauh di belakang.. haha

Patriotik sikit dengan ade bendera berkibar di situ.. haha

Ok semua dah sampai. Patriotik sikit dengan ade bendera berkibar di situ.. haha

Dan setelah satu jam lebih kot barulah kami sampai ke puncak… Rehat jap, bukak kek.. Alhamdulillah kek sangat sempurna tanpa cacat sikit pun.. Berjaya lah kiranya.. Hahaha.. Nyanyi ramai-ramai wish birthday Nana, potong-potong kek dan makan-makan beramai-ramai… Layan view jap… Bergambar macam-macam gaya.. Gambar adalah wajib di mana-mana puncak sebagai bukti kejayaan.. Rupanya ada jugak yang gayat, dari awal sampai kat puncak, sampai lah nak turun, kat situ jugaklah duduknya.. Siapa?? Entahlah.. hahaha..

Yeahhh.. Kami dah sampai puncak

Yeahhh.. Kami dah sampai puncak

Birthday girl.. Nana dan seketul cheese cake..

Birthday girl.. Nana dan seketul cheese cake dan pemandangan yang indah..

Mereka adik beradik yang menghiburkan sepanjang perjalanan.. Bising oiii... hahaha

Mereka adik beradik yang menghiburkan sepanjang perjalanan.. Bising oiii… hahaha

Haaa... Jemput makan semua

Haaa… Jemput makan semua

Sesi potong kek hulur kat semua..

Sesi potong kek hulur kat semua..

Aku, Nurul, Watiey dan Liya.. Geng tak gayat, yang lain gayat duduk kat bawah je.. haha

Aku, Nurul, Watiey dan Liya.. Geng tak gayat, yang lain gayat duduk kat bawah je.. haha

Nana, Aku dan My Porter... (Tak pernah tinggal porter ni).. haha

Nana, Aku dan My Porter… (Tak pernah tinggal porter ni).. haha

Ape mende deme buat tuh (kate orang Lepeh)..

Ape mende deme buat tuh (kate orang Lepeh)..

Peace dari belakang

Peace dari belakang.. Eh ada kelihatan entiti di celah pokok tu..

Amboi.. Hati-hati ye kat atas tu...

Amboi tinggi nye.. Hati-hati ye kat atas tu…

Oh ye, ular yang minggu lepas tuh still ada kat situ.. Confuse aku, ular betul ke tipu. Nak kacau lebih-lebih kang takut.. haha

Penunggu.. Aku tak tahu lah betul hidup ke tak ular ni.. haha

Penunggu.. Aku tak tahu lah betul hidup ke tak ular ni.. haha

Lepas lepak-lepak kat puncak, bergeraklah kami turun dengan kelajuan sederhana.. Jumpa pulak view akar-akar yang cantik ni. Berenti ambik gambar kejap.. Lepas tu, ke Muzium Gua tu kejap.. Dan kemudian berjalan kaki ke kereta masing-masing.. Patie and geng gerak gi Kuala Lipis, nak tengok kawan ade tournament bola tampar.. Aku dan adik gerak pulang sebab ade urusan lain…

Berehat sebentar lepas turun dari gua.. Tapi belum sampai bawah lagi ni...

Berehat sebentar lepas turun dari gua.. Tapi belum sampai bawah lagi ni…

Aku dan akar pokok yang sedang panjat gua.

Aku dan akar pokok yang sedang panjat gua.

Aku, Patie yang duduk bawah gua, tak tau apa motif.

Aku, Patie yang duduk bawah gua, tak tau apa motif.

Selfie lagi dari mereka.. Time ni aku dah lari dulu.. Jauh kot nak jalan ke parking.. haha

Selfie lagi dari mereka.. Time ni aku dah lari dulu.. Jauh kot nak jalan ke parking.. haha

Diorang cakap dulu batu belakang aku tu bentu gajah.. Searang dah tak nampak.. Aku cuba buat muka gajah tu.. haha

Diorang cakap dulu batu belakang aku tu bentuk gajah.. Sekarang dah tak nampak.. Aku cuba buat muka gajah tu..

Ade jugak lah Mossy kat sini walaupun sikit.

Ade jugak lah Mossy kat sini walaupun sikit.

Sekian lah story kali ni, pendek je.. Lain kali mesti naik lagi, akan jadi tempat training kami lah sebab dekat sangat kan??

Gua Bama yang seksi dari tepi.. haha

Gua Bama yang seksi dari tepi.. Tapi tak pasti ni yang Jantan ke Betina (serius dia ada 2 gua, jantan dan betina, bukan aku suka2 main letak tau)

Sekian…

Ok baii..

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Jom Jalan2, Sukan Menjana Kecergasan Minda, hiking, vacation, adventure and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.