Hai Bukit Taching, Kuala Lipis, Pahang

Assalamualaikumm

Hai semua.. Ini adalah review aku mengenai Bukit di atas.. Jadi mungkin penulisan aku akan jadi lebih serius.. Dah lama tak menaip dengan serius ni.. Mohon bagi sokongan.. Tapi maaf aku akan tetap guna “Aku”, dah biasa macam tu.. Dan akan ada penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris sebab lebih sesuai dan mudah difahami. Review ini juga tidak berbayar ye.. Lebih kepada sokongan terhadap tempat menarik yang berdekatan dengan aku.. Selain sokongan aku terhadap tahun melawat Pahang 2017.

Bukit Taching terletak di Kampung Kemahang, Benta, Kuala Lipis Pahang, Malaysia.. Dengan jarak lebih kurang 35 kilometer dari Bandar Kuala Lipis. Berketinggian menurut mereka adalah dalam lebih kurang 700 meter (ketinggian sebenar tidak diketahui). Menurut orang tempatan, Bukit Tacing ni dah ditutup lebih daripada 10 tahun.. Antara sebab ditutup katanya adalah kurang orang yang mahir mengenai trek tersebut (tak ingat dari mana aku baca).. Trek yang baru di buka pun belum sampai betul-betul puncak sebab mereka belum jumpa trek yang sesuai untuk di lalui.. Kami hanya mendaki sehingga ketinggian kira-kira 500meter sahaja (juga tidak diketahui dengan tepat).

Pada 19 Februari 2017, aku bersama kawan-kawan dah mencuba sendiri trek Bukit Taching ni. Kami seramai 9 orang, digabungkan bersama kumpulan lain yang datang dari sekitar Daerah Kuala Lipis. Jumlah semua peserta adalah seramai 24 orang bersama 11 orang guide tempatan (maaf kalau salah). Mengikut jadual, “trekking” bermula pada pukul 9.00pagi, tetapi oleh sebab beberapa perkara, ianya bermula pada pukul 9.35 pagi. Bermula dengan sedikit taklimat, senaman ringkas dan bacaan doa. Bergerak lah kami selepas dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku adalah kumpulan pertama iaitu seramai 13 orang beserta 2 orang guide. Difahamkan terdapat 9 checkpoint dari tempat bermula sehingga turun. Laluan naik dan turun adalah laluan yang berbeza.

Air terjun dan kolam ini di tempat letak kereta

Air terjun dan kolam ini di tempat letak kereta

Perjalanan dimulakan dengan melalui sungai yang telah dibuat empangan kecil. Melalui tangga dan sedikit kebun kelapa sawit. Perjalanan bermula dengan trek yang agak curam.. Laluan ke puncak (puncak buat masa ini) ada menurun sedikit dan menaik banyak… Sebenarnya trek ini lebih kepada “jungle trekking” . Ada beberapa tempat yang perlu memanjat batuan dan akar-akar kayu. Jangan risau sebab mereka dah sediakan tali untuk memanjat. Juga melalui halangan akibat daripada pokok-pokok yang tumbang.

Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan keindahan alam.. Dekat sini terdapat banyak pokok-pokok besar yang cantik. Juga melalui beberapa anak sungai dan air terjun. Melalui kawasan yang di tumbuhi keladi besar yang menghijau. Dan yang akan diingati oleh semua peserta adalah kawasan ini sangat banyak pacat.. Sila siap sedia untuk berperang dengan pacat yang sangat rakus itu.. hahaha (gelak jahat)

Nah aku sajikan gambar yang banyak di ambil oleh aku dan kawan-kawan.

Antara pokok ara yang menarik, cuma ia bukan lah di laluan trek. Kena turun ke trek bawah sikit. Tapi puas hati dapat tengok dan bergambar.

Antara pokok ara yang menarik, cuma ia bukan lah di laluan trek. Kena turun ke  bawah sedikit. Tapi puas hati dapat tengok dan bergambar.

Belakang aku tu penuh pokok keladi yang menghijau

Belakang aku tu penuh pokok keladi yang menghijau. Kalau tengok depan-depan lagi nampak hijau yang sangat menyerlah.

Cantik tumbuhan liar ni

Cantik tumbuhan liar ni

Di "point" ini sahaja yang nampak pemandangan luas macam ni.

Di “point” ini sahaja yang nampak pemandangan luas macam ni.

Air terjun. Sejuk

Air terjun. Sejuk

Air terjun yang unik, cantik dan mengagumkan (btw model tu pun cantik)

Air terjun yang unik, cantik dan mengagumkan (btw model tu pun cantik)

Unik kan air terjun ni.. Kat atas air terjun ni ada lagi, tapi aku tak naik sampai atas.

Unik kan air terjun ni.. Kat atas air terjun ni ada lagi satu air terjun yang cantik, tapi aku tak naik sampai atas.

Bersedialah untuk diserang oleh pacat ini

Bersedialah untuk diserang oleh pacat ini

Sebelum memanjat akar-akar pokok

Sebelum memanjat akar-akar pokok

Halangan yang perlu dilalui. Tinggi sebenarnya kena panjat ni.

Halangan yang perlu dilalui. Tinggi sebenarnya kena panjat ni.

Lumut menghijau

Lumut menghijau

Pokok panjat pokok?

Pokok panjat pokok?

Air terjun lagi

Air terjun lagi

Antara anak sungai yang direntasi

Antara anak sungai yang direntasi

Air terjun lagi (yang depan tu model air terjun)

Air terjun lagi (yang depan tu model air terjun)

Mereka di belakang banir pokok..

Mereka di belakang banir pokok..

Perjalanan trekking kami mengambil masa 6 jam pergi dan balik. 6 jam ni termasuklah berhenti bergambar di tempat-tempat menarik, singgah di kawasan air terjun yang unik, berperang dengan pacat, tunggu kawan-kawan yang terlebih santai, kawan-kawan yang kekejangan otot, masak-masak dan makan-makan di puncak.

Siapa yang nak ke Bukit Taching boleh lah hubungi mereka di Bukit Tacing Outdoor Activities .. Mereka menyediakan khidmat guide yang cemerlang dan makanan selepas selesai aktiviti. Bayaran yang dikenakan adalah RM15.00 untuk seorang peserta termasuk makanan yang disediakan setelah selesai aktiviti. Antara kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut termasuklah tandas dan ruang parking (agak terhad untuk lebih kurang 10 buah kereta). 

Pesanan untuk yang bakal mengunjungi Bukit Taching ni.

  1. Sila bawa apa-apa krim untuk menghalang dari digigit oleh pacat-pacat yang banyak tu.
  2. Pakai kasut yang bersesuaian dengan keadaan trek tanah berpasir yang agak licin dan beberapa kawasan anak sungai yang perlu melalui batuan berlumut.
  3. Bawa pakaian lebih, sebab ada banyak air terjun yang sesuai untuk mandi manda.
  4. Bawa makan yang lebih, sebab memang akan lapar bila sampai puncak. Lagi-lagi kalau sampai puncak dah tengah hari. Roti pun dah cukup memadai.
  5. Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan dunia “hiking” sila buat sedikit persediaan sebelum mendaki, seperti jogging atau lain-lain senaman. Sebab walaupun hanya “jungle trekking” anda perlu bersedia bagi mengelakkan berlaku kekejangan otot (yang ni untuk sebarang aktiviti lasak sebenarnya perlu persediaan bagi mengelakkan badan dan otot terkejut).
  6. JANGAN BUANG SAMPAI MERATA-RATA, BAWA TURUN KE BAWAH.

Sedikit cadangan dari aku yang masih “newbie” dalam aktiviti “hiking” ni.. Maaf kalau terasa.. Aku memang jenis manusia jujur.. huhu

  1. Harap mulakan pendakian sedikit awal.. Contohnya 7.00 pagi, waktu macam ni lebih semangat kot. Disamping untuk mengelakkan keluar dari hutan lewat petang.
  2. Memberi nama kepada “checkpoint” yang ada beserta papan tanda. Lebih mudah untuk ingat kawasan, terutamanya untuk “hikers” yang akan datang lebih dari 1 kali.
  3. Untuk mengelakkan sampah di buang merata-rata, boleh praktik kan cara periksa barang peserta sebelum naik dan selepas turun. Denda sekiranya yang dibawa turun tidak cukup (Gunung Ledang dah terbukti berjaya, tiada sampah yang ditinggalkan)
  4. Harap sediakan surau untuk kemudahan solat. Mungkin ada “hikers” yang dari jauh datang selepas ni, lebih mudah bagi mereka solat sebelum pulang. Dan paling penting untuk orang yang kurang dari jarak yang dibolehkan solat jamak.
  5. Kalau boleh, sediakan makanan yang menarik. Contohnya gulai tempoyak bersama sambal hitam, orang dari luar sangat berminat dengan menu orang Pahang yang dua ni. Mereka tak kisah bayar mahal tapi makan puas hati. Serius!

Itu sahaja cadangan dari aku yang tak seberapa ni.. Ikhlas dari hati..

Ok lah, sekian cerita mengenai kawasan Bukit Tacing. Bukit Tacing ni memang cantik sebenarnya, cuma aku agak sakit hati bila nampak sampah yang dibuang di sepanjang trek. Agak pelik sebab trek baru dibuka. Mohon yang nak pergi sini nanti jangan buang sampah merata-rata, sila simpan dalam beg sendiri, bawa turun sendiri sampah anda, bukan berat sangat pun.. Maaf aku memang pantang nampak orang buang sampah merata-rata.

Terima kasih…

Bye, see u next time Bukit Tacing (bila trek dah sampai puncak)

NOTA KEPADA PEMBACA: Sekiranya anda mempunyai tempat lain yang sesuai untuk aktiviti “hiking” atau aktiviti lasak lain, boleh lah hubungi aku untuk cuba dan buat sedikit review.

Nota kaki: Kepada kawan-kawan aku, next post baru aku letak gambar korang banyak-banyak ye.. hahahaa

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Ini Serius Ok, Congratulations, hiking, adventure and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.