Bukit Taching – Ini kisah versi aku dan kawan-kawan

Assalamualaikum..

Masih lagi mengenai Bukit Taching, Benta, Kuala Lipis… Ini kisah versi aku.. Post ni lebih sempoi di samping banyak gambar kawan-kawan.. Diorang bising tak banyak gambar diorang.. Gambar aku pun berapa ketul je aku letak weii.. Hahaha.. Nak baca review aku yang serius sila tengok post di link ini.. Hai Bukit Taching, Kuala Lipis, Pahang. Dan post ini adalah SANGAT panjang ya. Harap korang rajin lah membaca bebelan aku ni.. haha

Oklah, sebelum cerita pasal aktiviti kami ke Bukit Taching, saja lah nak cerita apa yang berlaku sebelum tuh.. Oleh kerana pada hari Sabtu, 18/2/2017 tu berlangsungnya perlawanan Liga Super Pahang vs Pulau Pinang.. Aku dan Patie sempat ke Stadium Darul Makmur Kuantan. Untuk yang tak tahu pasal Geografi, Kuantan dan Kuala Lipis sangat jauh sebenarnya walaupun dalam satu negeri. Lebih kurang 260 kilometer iaitu lebih kurang 3 ke 4 jam waktu perjalanan.. Ke Kuala Lumpur baru 2 jam lebih ye.. Hahaha.. Jadi agak giler lah kami haritu, pukul 4 pagi hari Ahad baru sampai rumah lepas tengok bola.. Nasib baik menang besar, 6 – 1 oiiii..  Puas hati!!! Nah sis payung sikit gambar kat stadium..

Gambar mcm ni adalah wajib bila gi stadium..

Gambar mcm ni adalah wajib bila tiap kali gi stadium.. Dan diambil masa ramai belum masuk stadium.. Sebab tu stadium nampak kosong je ye..

6 - 1 weii.. Puas hati gi stadium jauh2..

6 – 1 weii.. Puas hati gi stadium dari jauh..

Sambung balik kisah Bukit Taching..

Kami bergerak dari rumah kira-kira pukul 7.00 pagi, aku tipu diorang cakap pukul 8.00 pagi dah nak kena ada kat sana.. Biasalah janji melayu, mesti delayed sejam.. So kena tipu sikit… TAPI!!! lambat jugakkkk.. Lain kali kena tipu lagi awal lah nampaknya.. hahaha.. Ada lah sorang budak tu lambat bangun, entah sempat mandi ke tak tu.. haha.. Aku gerak dulu dengan Ayu, Alan dan Azam.. Aku tumpang Ayu haritu, aku dengan Ayu ni jenis janji Mat Salleh.. Memang jenis on time lah.. Tak kisah walaupun kena gerak pukul 3.00 pagi pun, janji sampai tepat pada masa.. Sila contohi kami.. hahahha.. Aku sampai rumah 4.00 pagi weii, pukul 5.00 pagi baru boleh tido, 6.30 pagi dah bangun ok!!. (sambung tak puas hati).. Sorry kawan-kawan.. muahahaha . Kereta lagi satu, Patie, Liya, Nana, Kak Nina dan Watie..

Setelah perjalanan lebih kurang 1 jam, sampai lah kami di simpang masuk Bukit Taching tu lebih kurang pukul 8.30pagi.. Tengok ada beberapa kereta dah ada kat situ, betul lah kat sini kot.. Makan nasi lemak dulu, sapu-sapu cream kat kaki.. Cream apa aku pakai? Cream untuk mengelakkan kaki cramp, bagi musle relax sikit.. Cream tu macam kat bawah ni.. Tak beli pun, berlambak dapat free masa aku aktif marathon tahun lepas..  Tahun ni baru daftar 1 je event marathon, tu pun 5 kilometer je, tu pun sebab nak support event kawan-kawan.. haha.. Siapa berminat boleh daftar Raub Village Run 2017 .. Click kat link official facebook diorang ni untuk info lanjut.. Raub Village Run 2017.

Cream yang aku akan pakai bila hiking dan marathon.. Best..

Cream yang aku akan pakai bila hiking dan marathon.. Best..

Dah settle semua makan dan sebagainya, bergerak kami ke parking kaki Bukit Taching.. Jalan agak sempit, tp ok lah lagi.. Boleh kereta lalu, cuma jangan laju-laju sebab bengkang bengkok dan berbukit sikit.. Sampai kat parking, siap-siap pakai kasut semua, sedikit taklimat dari penganjur, senaman ringkas sikit, bacaan doa semoga dipermudahkan aktiviti kami pada hari tu..

Kasut memainkan peranan, teka mana kasut aku..

Kasut memainkan peranan, teka mana kasut aku..

Sebelum bermula, selfie dulu.. Selfie tu tak salah ye..

Sebelum bermula, selfie dulu.. Selfie tu tak salah ye..

Bergeraklah kami sebagai kumpulan pertama seramai 13 orang dibawa oleh 2 orang guide.. Awal-awal lagi dah jumpe bukit mencanak oiii.. Kat Pahang ni, nama je bukit.. Tapi tinggi boleh tahan.. Nah belanja gambar kawan-kawan tengah merangkak panjat bukit, ni baru permulaan ye, mohon tabah.. Hahaha..

Lalu ladang sawit sikitt

Lalu ladang sawit sikitt

Semput ke kak?? Tak pe, aku faham sebab aku pun semputtt.. haha

Semput ke kak?? Tak pe, aku faham sebab aku pun semputtt.. haha

Dan selepas kira-kira setengah jam, sampai lah checkpoint pertama.. Tunggu orang belakang dulu.. Masa ni dah ada orang kena gigit pacat… Nasib baik aku jenis tak takut dengan pacat.. Orang kampung kannn.. Tapi memang gile banyak pacat kat sini, tengok kat kaki, ada yang baru nak naik.. Tengok kat tepi nampak dia tengah mencari mangsa, kat sini je dekat 5 ekor kot aku nampak.. Nana yang geli dengan pacat awal-awal lagi dah kena gigi pacat, berdarah kaki wehh.. Nah tengok je lah gambar di checkpoint pertama dan kedua kat bawah ni..

Dah penat ke? baru checkpoint pertama ye..

Dah penat ke? baru checkpoint pertama ye..

Pantang nampak camera diorang nih, acah-acah candid leww tuuuu

Pantang nampak camera diorang nih, acah-acah candid leww tuuuu

Tengok ape tu Ayu? Ade jodoh ke atas pokok tu? haha

Tengok ape tu Ayu? Ade jodoh ke atas pokok tu? haha

Diteruskan ke checkpoint seterusnya, melalui kawasan yang bagi aku sangat cantik.. Pokok keladi yang banyak menghijau di lereng-lereng bukit yang berbatu tu.. Cukup memukau pandangan aku.. Aku kan pencinta alam.. Semua benda nampak indah di mata aku.. Berenti ambil gambar sekejap.. Ya, memang biasa ambik gambar banyak-banyak tak kira tempat kami ni sebenarnya.. Kenangan dengan kawan-kawan kan.. Suka hati lah nak selfie ke apa ke, bukan pakai henpon kau pun weiii.. Memory 64gb kot.. hahaha

Pokok-pokok keladi ni sangatlah besar.. Daun die boleh buat payung wehh

Pokok-pokok keladi ni sangatlah besar.. Daun die boleh buat payung wehh

Tak tahu kenapa aku suka tengok pokok hijau macam ni..

Tak tahu kenapa aku suka tengok pokok hijau macam ni..

Muka bahagia je masing-masing. Belum sampai separuh pun lagi perjalanan ni weii

Muka bahagia je masing-masing. Belum sampai separuh pun lagi perjalanan ni weii

Dah habis bergambar semua, bergerak ke lokasi seterusnya… Lokasi pokok ara yang besar, pokok ni bukan dalam laluan ke puncak.. Kena turun ke bawah sikit dari trek.. Tapi sangat cantik untuk bergambar, pokok berusia beratus tahun tu weii.. Wajib bergambar kat sini banyak-banyak.. Suka hati kitorang lah nak selfie ke, apa ke.. Nak memanjat ke, ini kenangan untuk anak cucu nanti.. Biar banyak gambar bukti gituu… Manalah tahu akan datang dah tak jumpa dah pokok macam ni.. Memang tujuan hiking untuk lebih menghargai alam sekitar ye, kalau setakat nak jalan je baik kau join marathon ke, trail run ke.. Dapat jugak medal dengan goodies bag lepas habis event.. Sis tau lah dulu sis selalu join marathon ngan trail run.. (maaf sis emosi sikit.. u know what i mean kan kawan-kawan.. haha). Nah belanja gambar kita yang banyak ni..

Panjat jangan tak panjat

Panjat jangan tak panjat

Lagi sorang, panjat lagiii

Lagi sorang, panjat lagiii

Liya! posing gaya apa ni? menurun nombor ke ape kat pokok tu? haha

Liya! posing gaya apa ni? menurun nombor ke ape kat pokok tu? haha

Kak Nina buat ape tu?? huhu

Kak Nina buat ape tu?? huhu

Haaa.. Ambik tempat masing-masing, besar lagi pokok ni..

Haaa.. Ambik tempat masing-masing, besar lagi pokok ni..

Macam-macam gaya deme ni bergambar ye.. Menyorok pun boleh..

Macam-macam gaya deme ni bergambar ye.. Menyorok pun boleh..

Semua tengah tunggu turn nak bergambar kat pokok tu

Semua tengah tunggu turn nak bergambar kat pokok tu.. Wati!! cepat turun..

Settle ambik gambar kat situ, teruskan perjalanan melalui akar pokok.. Yang ni kena panjat ok, jangan risau, ada tali disediakan.. Aku memang dari dulu suka memanjat.. Tahukah anda, aku dulu pernah pegang rekod wall climbing terpantas masa study dulu.. Kira lawan ngan siapa-siapa aku lah champion.. hahaha.. Nah tengok tempat kami panjat ni, memang best weiii… Tak tipu!!

Cantik kan akar-akar ni.. Best main panjat-panjat

Cantik kan akar-akar ni.. Best main panjat-panjat

Ayu yang sado.. Hebat memanjat jugak die ni..

Ayu yang sado.. Hebat memanjat jugak die ni..

Ye, aku lah tu yang tengah panjat tuh...

Ye, aku lah tu yang tengah panjat tuh…

Semput ke kak? haha

Semput ke kak? haha

Watie sedang gigih panjat..

Watie sedang gigih panjat.. Nampak tak, kitorang panjat akar semata-mata.. Hati-hati dengan akar yang dah mati ya..

Sikit lagi nak sampai atas nih

Sikit lagi nak sampai atas nih

Habis panjat tu, terus tegak je naik bukit sampai lah kat gua ni.. Diorang cakap dulu ada kambing kat area sini, kira kambing hutan lah.. Tak kan kambing bapak kau kan.. muahaha.. Kat checkpoint sini boleh nampak view sikit.. Tapi tetap cantik, nampak kawasan kampung, dan nampak jugak gua bama dari situ.. Saujana mata memandang.. Sejuk je mata tengok benda-benda hijau ni.. Terapi mata gituuu…

Panorama view dari gua kambing.

Panorama view dari gua kambing.

Azam dan Mr Guide.. Trek tegak ke gua kambing

Azam dan Mr Guide.. Trek tegak ke gua kambing

Gua kambing katanya ni. Kambingnya mana?

Gua kambing katanya ni. Kambingnya mana? #yicam

Wefie dari group kami

Wefie dari group kami

Dah habis tunggu kawan-kawan yang  semput naik bukit tu, dah settle bergambar.. Bergerak terus menuju ke checkpoint seterusnya. Pokok ara yang besar lagi, bezanya pokok ni berlubang di tengah, boleh lah masuk bawah pokok tu, aku haritu tak masuk pun.. Panjat pokok je untuk bergambar, aku kan lebih suka memanjat.. Diorang ni pulak kemain semnagat panjat sambil bawak mafla tu, meraikan kemenangan Pahang malam tuh lah katanye.. Dah bosan ambil gambar semua, ingat dah boleh gerak.. Tapi.. kena menunggu orang lah pulak.. Perut dah lapar weiiii..

Sibuk je dua-dua nak memanjat.. haha

Sibuk je dua-dua nak memanjat.. haha

Semangat je dengan mafla pahang ni kan.. Yang belakang gigih panjat.. haha

Semangat je dengan mafla pahang ni kan.. Yang belakang gigih panjat.. haha

Muat-muat je aku duduk celah pokok ni..

Muat-muat je aku duduk celah pokok ni..

Ehhh. Ayu pun muat lah.. haha

Ehhh. Ayu pun muat lah.. Oit jangan tido.. Bangun-bangun!! haha

Kami yang sedang menunggu dengan sabar

Kami yang sedang menunggu dengan sabar

Seterusnya gerak ke puncak (puncak buat masa ni, belum habis explore lagi bukit ni) katanya dah nak sampai.. Aku jalan dulu, melalui kawasan banyak pokok buluh yang merimbun, berenti kejap sebab tak nampak kawan-kawan kat belakang, tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai.. Rupanya ada orang kaki cramp.. Takpe-takpe lain kali kita gi joging dulu sebelum hiking mana-mana ye.. Dan akhirnya sampailah kami ke puncak tersebut.. Kami group pertama yang sampai.. Cepat-cepat buka dapur, letak mestin, masak air, buat air teh o panas, masak maggi campur telur dan makan.. Lapar weii…. Sibuk duk tanya macam mana aku bawak telur tak pecah pun.. haha.. Masa ni dah pukul 1.00 tengah hari kot.. Time makan tengah hari aku pukul 12.00 weii, meronta-ronta dah baby dalam perut aku ni.. (baby cacing) haha.. Group lain sampai, ajak lah join makan sekali.. Kitorang faham, semua lapar kan.. Tak apa, rezeki sama dikongsi gituu.. haha..

Orang depan sibuk selfie, orang belakang sibuk makan.. Lapar weiii

Orang depan sibuk selfie, orang belakang sibuk makan.. Lapar weiii

Semangat bawak mafla ke atas lepas menang 6-1 Macam dah menang final rasanye.. haha

Semangat bawak mafla ke atas lepas menang 6-1
Macam dah menang final rasanye.. haha

Tengah makan, sekali hujan turun.. Nasib baik tak lebat sangat, tapi bertambah jugak lah kuah megi kitorang tu.. haha.. Dan sekejap je hujan turun, lepas tu cuaca cantik.. Lepak-lepak kejap kat situ, kemas barang untuk bergerak turun.. Sampah jangan lupa, kutip bawak turun ke bawah semua, sekecik-kecik sampah pun mohon kutip.. Maaf kepada siapa yang aku sound sebab nampak sampai kat tanah.. Ya, plastik ambik masa 200 tahun untuk lupus, berapa keturunan tuh baru habis? Tu pun kalau umur panjang.. Eh!! hahaha.

Be a responsible hikers please!!!.. Hanya monyet buang sampah merata-rata..

Perjalanan turun pun sangat menarik, oh ya.. turun lalu trek yang berbeza ya, suka betul aku kalau trek yang macam ni.. Sepanjang perjalanan akan melalui beberapa batang anak sungai. Kami singgah di air terjun yang unik tu agak lama.. Memang cantik!! Diorang sempat mandi-mandi lagi tu, aku malas nak basah-basah ni.. Tapi basah jugak sebab hujan turun masa menunggu tu.. haha.. Liya, Patie, Kak Nina dengan Nana tunggu kat anak sungai bawah tu je.. Dah malas nak jalan katanya.. Air terjun ni juga bukan dalam laluan trek, kena panjat sikit keluar dari trek, tapi jangan risau.. Puas hati dengan keindahan ciptaan Allah tu.. Unik dan cantik.. Aku tak ikut naik sampai betul-betul atas, tapi menurut mereka atas lagi cantik.. Takpe, next time aku naik ok..

Air terjun ni kecik dan kurus je, kiri kanan batu-batu tu sangat tinggi..

Air terjun ni kecik dan kurus je, kiri kanan batu-batu tu sangat tinggi..

Air terjun.. Model yang sama sebab dia ni je yang sanggup gi terjun dalam air tu..

Air terjun.. Model yang sama sebab dia ni je yang sanggup gi terjun dalam air tu..

Dah settle kat air terjun tu, teruskan perjalanan.. Jumpa air terjun lagi weii… Banyak betul lah.. Kali ni  lalu je, ambik gambar sikit, teruskan perjalanan. Jam dah dekat pukul 3.00petang kot.. Bergerak laju kami ke bawah. Lepas air terjun tu, ada lalu anak sungai lagi, lepastu lebih kepada jungle trekking.. Boleh berlari je trek yang dah hujung-hujung ni.. Landai, menurun dan jelas… Sepanjang jalan diorang sembang entah apa-apa, mengumpat kewww.. hahaha.. 1 hutan dengar weiii..

Antara anak sungai yang direntasi.. Air yang sangat sejuk.

Antara anak sungai yang direntasi.. Air yang sangat sejuk.

Beratur ke tu? Air terjun di belakang mereka

Beratur ke tu? Air terjun di belakang mereka

Akhirnya sampai lah kami kat tempat mula mendaki tadi lebih kurang jam 4.00 petang.. Lepak-lepak kejap, makan makanan yang disediakan. Tapi tulah, kalau dapat gulai tempoyak lepas penat-penat hiking ni, lagi terbaik kot.. huhuhu..

Akhirnya kami berjaya setelah 6jam dalam hutan.. Wajah-wajah berjaya gituu.. haha

Akhirnya kami berjaya setelah 6jam dalam hutan.. Wajah-wajah berjaya gituu..

Jemput makan semua

Jemput makan semua

Dah makan semua, ambik gambar group kejap.. Bergerak lah kami pulang ke destinasi masing-masing..

Antara peserta yang join bersama guide yang owesome!

Antara peserta yang join bersama guide yang owesome!

Sekian cerita aku yang panjang ni… Harap baca dari mula.. Penat aku taip kot, nasib baik bukan taip pakai handphone macam post2 aku sebelum ni.. haha

Terima kasih kepada adik aku ni yang sentiasa setia jadi porter bawak dapur dan brg2 lain ke mana sahaja..

Terima kasih kepada adik aku ni yang sentiasa setia jadi porter bawak dapur dan barang2 lain ke mana sahaja.. Macam mana lah nak gi trip tak bawak aok nanti?? Matiklahh.. haha

Semoga jumpa lagi lain kali Bukit Taching ye.. Dah tak payah nak touching2 sangat lah  kalau kena tinggal kat belakang sebab kau lambat.. hahaha..

Sempat main buaian kejap, nyanyi je tak sempat.. :D

Sempat main buaian kejap, nyanyi je tak sempat.. :)

Ok baiii..

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Luahan Perasaan, Jom Jalan2, This is cool, hiking, adventure and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.