Hai Pine Tree Hill & Twin Peak – Ini Kisah Aku


Oklah.. Sekarang ni musim aku rajin menaip walaupun taip pakai handphone je..

So, hari ni aku nak story pasal Pine Tree Hill dan Twin Peak, Fraser Hill, Pahang. Dua puncak yang boleh ditawan dalam masa sehari.. Dah lama sebenarnya kejadian ni berlaku, tapi baru nak update kat sini.. Ni kan blog aku, suka hati aku lah nak update bila.. Hahaha

Tarikh 31 Ogos 2016 dipilih sebab cuti Umum hari Merdeka.. Selamat hari Merdeka MalaysiaKu.. Kejadah bulan Januari baru nak wish.. hahaha.. Perancangan awal 6 orang jer.. Geng gadis kebaya aku, Azam@porter aku dan beberapa orang kawan satu tempat kerja.. Apply permit sendiri sebab tak ade orang nak bawak, so kami berdikari di atas kaki sendiri lah.. Hutan simpan kat Pahang ni wajib ada permit ye untuk masuk.. Boleh didakwa sebagai menceroboh kalau tak ada permit.. Untuk keselamatan diri jugak sebenarnya, ade orang tahu kita masuk pada masa tu kan.. Senang je nak apply, masuk je website jabatan hutan, (click SINI) ikut je arahan diorang tu, isi form – buat wang pos – pos ke pejabat hutan yang berkenaan.. Tahun lepas (2016) RM5.00 je, tahun ni (2017) dah naik RM10.00 satu kepala.. Lepas tu Pejabat Hutan keluarkan permit. Aku haritu dapat permit melalui Whatapps je.. Tapi dia tetap akan pos jugak, tapi mungkin akan lambat sikit dapat.. So print je yang dari whatapps tu pun boleh.. Sila bawa permit semasa mendaki..

Ini adalah contoh permit masuk hutan simpan Pahang

Ini adalah contoh permit masuk hutan simpan Pahang

Saja lah aku ajak geng Northern Hikers Community (NHC) sebab sebelum tu aku join diorang kat Bukit Terisek, Taman Negara (nanti aku update pasal Bukit Terisek jugak). Tiba-tiba ada yang nak join, aku on je.. Sebab trip sendiri kan.. So diorang uruskan sendiri permit semua… Semua tak kenal pun, yela kenal melalui whatapps je pun. Tapi semua ok je, kira boleh jadi geng lah…

Barang-barang untuk dibawa dan digunakan

Barang-barang untuk dibawa dan digunakan

So, tibalah hari kejadian. Cadangnye nak gerak pukul 2.00pagi dari Sungai Koyan. Naik kereta Mr Palani.. Masa ni yang dapat join 5orang je, satu kereta je lah.. Aku bawak kanc aku, parking kat area kedai makan kat Sungai Koyan tu..  Mr Palani pun sampai, sekali dia cakap dia tak dapat join hiking. Tapi dia hantar kitorang je sebab dah janji nak bawak kitorang kan.. Dia tak sempat tidur malam tu katanya, ade makan-makan.. Oklah, dia nak jadi driver kitorang je.. Nanti dia nak tido je masa kitorang hiking.. Aku pun tidur je lah sepanjang jalan tu.. Pening oii jalan naik ke Fraser Hill tu.. Hahaha.. Setelah beberapa jam perjalanan, sampai lah kami ke tempat berkumpul.. Iaitu masjid Fraser Hill.. Geng NHC dari KL dah sampai lama.. Oh ye, breakfast kami nasik dan  ayam masak merah di sponsor oleh Salwa.. Thanks Salwa.. huhu..

Bersiap pakai kasut semua

Bersiap pakai kasut semua

Dah bersedia nak gerak ni.. Thank you Mr Palani snap picture we olls

Dah bersedia nak gerak ni.. Thank you Mr Palani snap picture we olls

Dah siap makan semua, bacaan doa sikit.. Maka bergerak lah kami dalam kumpulan seramai 15orang kira-kira pukul 4.30pagi ditemani head lamp dan bunyi-bunyian ungas hutan.. Perjalanan melalui tangga menurun yang sangat banyak.. Tangga dia pulak ada besi-besi yang ditanam tegak untuk support kayu tangga, tapi besi je yang ada, kayu dah hilang.. Kena lebih berhati-hati, sangat bahaya kalau terjatuh.. Perjalanan agak perlahan sebab pandangan yang terbatas dengan muka bumi yang menurun dan menaik serta beberapa laluan anak sungai dan lopak air.

Langit dah cerah baru boleh ambik gambar

Langit dah cerah baru boleh ambik gambar

Gaya bersepah..

Gaya bersepah..

Mereka.. 1st time kenal diorang mase trip ni lah

Mereka.. 1st time kenal diorang mase trip ni lah

Haaa.. Ni lah paling mencabar.. Panjat-panjat.. Sila berhati-hati, sangat licin batu-batu tersebut

Haaa.. Ni lah paling mencabar.. Panjat-panjat.. Sila berhati-hati, sangat licin batu-batu tersebut

Sis maintain je sebab memang suka memanjat. haha

Sis maintain je sebab memang suka memanjat. 😂

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Sempat tukar baju ok.. haha..

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Sempat tukar baju ok..

Geng gadis kebaya, Fazz malas tukar.. 😑

Geng gadis kebaya, Fazz malas tukar.. 😑

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Semua fah sampai.. Alhamdulillah

Kami di puncak Pine Tree Hill.. Semua dah sampai.. Alhamdulillah

Salam merdeka dari puncak gunung

Salam merdeka dari puncak gunung

Kami sampai ke puncak Pine Tree Hill lebih kurang pukul 9pagi.. Masak-masak kejap, maggi je pun.. Pinjam dapur orang.. Kitorang ada bawak gas je.. haha.. Lepas makan, tukar baju dan ambik gambar jap.. Masa ni Kak Ana, Salwa and the geng belum sampai lagi.. Diorang sampai, makan-makan dan ambik gambar dulu.. Dalam pukul 12tengah hari bergerak ke puncak lagi satu iaitu Twin Peak.. Dalam 40minit jugak baru sampai. Fazz and Salwa tak ikut, diorang tunggu kat Pine Tree Hill je.. Fazz malas jalan dah, Salwa pulak kaki injured, dah join tapi patah balik.. Cuaca masa ni dah hujan sikit-sikit.. Kitorang redah je.. Dan sampai lah kami.. Tak nampak view pun sebab kabus tebal.. Sejukkk!!

Kami di puncak twin peak.. Berkabus

Kami di puncak twin peak.. Berkabus

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Jangan cakap Ayu ngan Jen tak payung

Jangan cakap Ayu ngan Jen tak payung

Lompatan orang berjaya.. haha

Lompatan orang berjaya tawan Twin Peak.. haha

Ok.. Dah habis ambil gambar kat Twin Peak, kami pun bergerak turun dalam pukul 1 lebih kot.. Tak ingat sangat sebab dah lama.. Perjalanan turun ke Pine Tree Hill agak laju.. Keadaan muka bumi yang menurun dan hujan dah mulai turun.. haha

pine tree hill

Dikyu, selamat pengantin baru..Eh! 😂Hai Wa, happy birthday.. *tetibe 😂😂

Penat ke bersatu dengan alam sis??

Penat ke bersatu dengan alam sis??

Gaya mutu keunggulan.. haha

Gaya mutu keunggulan.. haha.. Baru cukup #genggadiskebaya

Berehat jap.. Penat oiii

Berehat jap.. Penat oiii

You all paling cantik hari ni - kata seorang uncle india.. haha

You all paling cantik hari ni – kata seorang uncle india..

Thank you untuk uncle India yang tolong ambilkan gambar kitorang.. Katanya yang akan kitorang ingat sampai bila-bila, “Kalau sini u all sampai, Kinabalu lagi senang”.. Haha.. Nak percaya pun serba salah.. Dah 5kali naik Kinabalu katanye.. Ok sambung jalan..

Berenti rehat lagi.. Tak sampai-sampai 😭

Berenti rehat lagi.. Tak sampai-sampai 😭

Serius rasa tak sampai-sampai.. Jalan kaki dah penat, kaki pun macam dah tak larat nak angkat.. Masa ni dah pukul 4.. Ya Allah, 4jam dah kitorang jalan dari Pine Tree Hill tu.. Nak nangis rasanye.. Seksa betul.. 😭😭.. Kitorang jalan bertiga je, geng Jen dan adik aku dah sampai bawah.. Kemain laju diorang tu.. Akhirnya kami sampai kat tangga.. Pandang atas, Ya Allah tingginya tangga, nangis lagii 😭😭.

Yeahhh.. Selamat mendaki tangga..

Yeahhh.. Selamat mendaki tangga..

Aku kira berapa banyak anak tangga.. Lebih dari 500 kot.. 😭.. Serius aku kira sebab kitorang gerak dengan kiraan 10 anak tangga, lepastu amik nafas jap, pastu sambung 10 lagi.. Semua dah tak larat nak naik.. Pagi mase naik tak nampak sebab gelap, lagipun turun je kan.. Sekali masa balik.. Ambik kau, padan muka semua.. hahaha

Akhirnya.. Setelah satu jam, melalui tangga, sampai lah kami ke pintu gerbang ni..

Akhirnya kami sampai 😭

Akhirnya kami sampai 😭

Tak sanggup dah

Tak sanggup dah

Tak sanggup jugak 😭

Tak sanggup jugak 😭

Jumpa jalan simen/tar je terus bukak kasut.. Kaki dah terseksa

Jumpa jalan simen/tar je terus bukak kasut.. Kaki dah terseksa sangat..

Kami sampai bawah kira-kira pukul 5petang.. Fuhh!! 12jam kami dalam hutan.. Seksa betul rasanya.. Jangan ajak repeat lagi dah Pine Tree Hill ngan Twin Peak ni. Memang TAK nak naik dah.. Seksa nya kami je yang tahu.. haha

Dah sampai kat parking, Mr Palani dah tunggu.. Pergi mandi-mandi kat masjid tadi tu jap, sejuk betul air die weh!!, sembahyang, dan gerak balik..

Sempat bergambar kat jam besar nih dulu.. Hujan rintik-rintik masa ni

Sempat bergambar kat jam besar nih dulu.. Hujan rintik-rintik masa ni

Kami pun gerak turun.. Terpaksa gerak balik dulu, geng kak Ana, abg Jan, Salwa dan Dikyu tak sampai lagi.. Kami pun teruskan perjalanan berliku Fraser Hill tu ke Raub, berenti makan jap lebih kurang pukul 8malam.. Dapat info diorang selamat turun dari gunung.. Giler lah pukul 8malam malam.. Sebab ada yang kaki injured.. Kesian nye korang.. Yang tak sakit kaki ni pun dah seksa.. Korang mesti berganda-ganda seksanye.. 😭😭.. Tapi Alhamdulillah semua selamat… Syabas u all!!

Sampai rumah pukul 10malam.. Terus tido, keesokkan nya pergi kerja seperti biasa.. Gagah kan kami… Walaupun jalan lain macam sikit sebab sakit kaki.. Tapi kerja tetap kerja.. #wanitabesi kan.. haha

Ini adalah bonus. Muka masuk surat khabar weii.. hahaha

Ini adalah bonus. Muka masuk surat khabar weii.. haha.. Thanks Salwa dari Utusan Malaysia

Ok lah sekian untuk kali ini.. Kemain panjang cerita aku. Kenangan yang tak akan kami lupakan sampai bila-bila.. Manis dalam Pahit, Payau dan Masam.. haha

Ok baii..

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Jom Jalan2, Sukan Menjana Kecergasan Minda, This is cool and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.