Hai Gunung Semanggol – Ini kisah aku

Assalamualaikumm

Lamanya tak update ape-ape kat blog aku ni.. Kemain bersawang lagi.. haha

Oklah.. Nak story pasal kisah aku hiking Gunung Semanggol, Perak pada hujung tahun lepas iaitu 4 Disember 2016..

Macam mana aku boleh hiking kat sini? Kebetulan masa tu nak hantar adik aku kat Kedah, so alang-alang dah sampai area sana. Ada pulak nampak kat group Hiking dalam facebook orang duk upload gambar view dari Gunung Semanggol ni.. Terus semangat nak panjat.. Comment kat gambar facebook tu, tanya ada siapa nak naik tak, aku nak join.. Terus ada orang balas, aku pun PM lah.. See, senang kan dapat kawan geng hiking..

So, set masa.. Dia tanya boleh open trip tak (open trip maksudnye open kepada sesiapa sahaja yang bukan geng kita) aku on je… Tak kisah sebab sebelum ni ada je aku join hiking dengan orang yang tak dikenali.. Layan je, janji aku dapat join sekali.. huhu.

So, setelah perancangan dibuat.. Tiba hari kejadian.. Mengikut perancangan nak start hiking dalam pukul 3.30pagi.. Sebab misi kami nak kejar sunrise… Aku gerak dari rumah kakak aku bersama adik aku Azam dan anak kakak aku Ikmal@Angah, dalam pukul 3.15pagi, sebab dekat sangat Gunung Semanggol ni dengan rumah kakak aku… So, sampai je.. Tunggu geng lain sampai dulu.. Lebih kurang pukul 4.00pagi selepas sedikit bacaan doa,  kami seramai 20 orang memulakan perjalanan ke trek hiking tersebut.. Trek agak mengelirukan sebab gelap lagi, pukul 4.00pagi tuh, mestilah gelap kan.. Nasib baik aku tak redah sendiri je haritu.. Sebab trek yang tak jelas dan ade kesan laluan hidupan liar (khinzir) sopan betul bahasa aku.. haha.. Thanks jugak Khalil yang atas usaha sendiri dia pasang beberapa tanda untuk ke puncak Gunung Semanggol.. So, next time kalau nak naik sendiri dah tak ada masalah kot..

Walaupun Gunung Semanggol ni berketinggian 390Meter je, tapi trek die sangat lah mencabar sebenarnya.. Tegak oiii… Semput jugak lah aku yang dah lama tak hiking dan berlari ni.. hahaha.. Setelah lebih kurang satu jam setengah perjalanan mendaki. Sampai puncak dalam pukul 5.30pagi.. Nyaman je, puncak yang agak sempit sebenarnya, muat-muat je 20 orang… Tunggu azan Subuh, solat kejap.. Minum-minum kopi, breakfast roti sambil tunggu matahari muncul.. Sambil jengok-jengok view sikit duk mencari awan karpet.. Memang aku nak sangat view awan karpet.. hahaha..

Bila matahari semakin mencerahkan bumi je.. Fuhhh,… Excited sebab memang dah nampak confirm ada awan karpet.. Hahaha.. SUBHANALLAH!!! memang tak putus-putus duk sebut CANTIKNYERRRR!!!.. Nak mengalir air mata oii!!… Alhamdulillah kami dapat view awan karpet yang sangat indah.. Siap background sawah padi lagi tu.. Puas hati betul trip kali ni.. Meh aku belanja gambar yang berlambak kat bawah ni.. Selamat menjamu mata dan jealous.. hahaha

(Sila click gambar untuk lebih jelas)

Malu-malu matahari tuh dengan I 😂

Malu-malu matahari tuh dengan I 😂

Tengah teropong matahari nak keluar

Tengah teropong matahari nak keluar

Tu dia awan karpet dah keluar

Tu dia awan karpet dah keluar

Sis puas hati tengok awan tu

Sis puas hati tengok awan tu

Ikmal tengah feeling.. Lain kali ajak lagi katanye.. haha

Angah tengah feeling layan view.. Lain kali ajak lagi best katanye.. haha

Ni adik aku si porter aku bila hiking.. haha

Ni adik aku Azam si porter aku bila hiking.. haha

Peace awan karpet

Peace awan karpet

Gaya bebas dari kami yang dah sampai puncak

Gaya bebas dari kami yang dah sampai puncak

Puncak Gunung Semanggol

Puncak Gunung Semanggol

Gaya ape tu?? haha

Gaya ape tu?? haha

Sana tuh!!!

Sana tuh!!!

Tempat lepak tidur. Sejukk

Tempat lepak tidur. Sejukk

Wajah kegembiraan

Wajah-wajah kegembiraan

Tuh awan kepuk-kepuk

Tuh awan kepuk-kepuk

 

Gambar dari drone katanye.. hahaha

Gambar dari drone katanye.. hahaha

Thanks Khairil dengan idea drone dia tu.. haha

Thanks Khalil dengan idea drone dia tu.. haha

#respecttothenature

#respecttothenature

Lompatan bergaya dari orang yang berjaya.. hahaha

Lompatan bergaya dari orang yang berjaya.. hahaha

View masa turun.. Sawah padi tengah menghijau ni..

View masa turun.. Sawah padi tengah menghijau 0iii!!..

Antara laluan yang perlu dipanjat.. Tinggi rupenya, masa naik gelap lagi.. huhu

Antara laluan yang perlu dipanjat.. Tinggi rupenya, masa naik gelap lagi.. huhu

390Meter jer.. Ini Khalil..

390Meter jer.. Ini Khalil.. 😂😂😂

Kami bergerak turun lebih kurang jam 9pagi, tu pun bila rasa macam hujan nak turun.. Rupanya tak turun pun hujan tu.. Sis tertipu.. Maklumlah Taiping kan, tempat yang menerima taburan hujan paling banyak sepanjang tahun (sis pakar geography) huhu..

Terima kasih semua, walaupun tak pernah jumpa, tak kenal pun, tapi tetap sporting.. Semua kelakar, cramp perut aku duk gelak je.. haha. Thanks Khalil yang sudi bawak aku naik Gunung Semanggol.. Semua dari sebelah utara, aku je sesat dari Kuala Lipis, Pahang.. Harap dapat on trek sama-sama lagi..

Sekian..

Ok Baiii..

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Jom Jalan2, hiburan tanpa sempadan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.