Obsession or Addiction??

Assalamualaikum…

Hai.. lama betul rasanye tak membebel kat sini.. Update pun gambar je seketul dua.. Bila la nk kaya dengan hasil blogging ni.. hahaha.. Jealous tengok income bloggers famous yg  sampai ribu riban… Nak buat macam mana dah tak dikenali kan? harap kawan-kawan je yang jenguk kat sini kot… 😀

Maaf membebel panjang.. Nampak tak tajuk English aku kat atas tu… Yes.. New Addiction/Obsession aku sekarang masa ni.. Semangat tiba-tiba jadi berkobar nak join sesuatu yang tak pernah aku buat sepanjang hidup aku.. Nak tahu apa?? MARATHON!!! Meh aku nak story sikit cerita aku sebagai 1st timer runner (english bersepah.. sekiann…). AMARAN!!! Cerita ini mungkin sepanjang 18 mukasurat.. hahaha

Bagi orang yang tak kenal aku mungkin anggap ni semua biasa je kot.. Ala. Lari2, tak pun jogging.. Lebih kurang macam tu lah.. Tapi untuk orang yang mengenali aku lah.. Mungkin terkejut. Sebab aku tak pernah join acara yang melibatkan sepenuhnya penggunaan dua kaki aku ni.. Selama ni aku duk gila main ping pong je kot.. Haahaha..  Dulu housemate aku tu semua giler jogging.. Aku rela duk rumah layan citer korea… Tak pun duk layan internet kat rumah.. Serius, seumur hidup aku ni tak pernah jogging.. 😀

Tetiba je aku boleh terlibat ke kancah ini.. Semua angkara opismate aku yang tiba-tiba ajak.. Risau jugak tak mampu.. Sebab 10 kilometer tu!!!!.. Risau je pengsan tengah jalan..  Kang tak pasal naik ambulans ke hospital… hahaha.. Tapi nekad jugak nak try.. Try tanya kawan-kawan kot ada yang berminat.. Dan… Exhousemate aku pun nak join, Shaz and Mell.. Maka register lah kami secara online dengan harga RM45 sekepala kira-kira sebulan sebelum tarikh acara…..

Tapi sedihnya pada hari kejadian, hanya Shaz yang dapat join.. Mell tak berapa sihat.. Kurang menjadi reunion kami hari tersebut.. Tapi perjuangan tetap diteruskan (ayat macam nak gi berperang).

Aku sampai Stadium Bukit Jalil (tempat acara) kira-kira pukul 3 pagi.. Giler lah awal.. Huhuhu.. Tapi ada yang lagi awal dari kitorang kot.. Sampai je, lepak-lepak dulu, makan roti canai sekeping.. Sembang-sembang jap, masuk kete konon nak tidur kejap sebab acara kitorang start pukul 6.30 pagi.. Tapi hampeh… Mata tak nak pejam langsung… Bangun balik, merayau tengok orang yang dah start berkumpul untuk peserta 21km.. Diorang start lari pukul 5pagi.. Pukul 4 lebih tu dah mula diorang warming up.. Lari-lari kat kawasan sekeliling car park tu.. Aku pun duk jalan-jalan tengok suasana..  Maklumlah pengalaman baru.. Jakun sikit.. hahaha

Gambar diambil pukul 4 pagi.. Dah ramai orang kan..

Gambar di ambil jam 4.45 pagi..

Tengok diorang mula pukul 5 pagi tu, teruja jap.. Semangat pergi tukar baju dalam toilet sementara, serius tak selera nak membuang dalam toilet macam tu.. Lain macam feel dia.. (maaf tak senonoh citer pasal toilet kat sini) hihihi.. Dah tukar baju, jalan-jalan kejap.. Warm up sikit lah, pakai kasut.. Rasa macam kaki aku dah gemuk, sebab kasut macam ketat.. Maklumlah dah lama tak pakai kasut sukan.. 😀

Tunggu Shaz datang, wah tak sabar nak jumpa geng.. haha.. Shaz sampai dalam pukul 6.15 kot.. Silap masuk jalan katanya, nasib baik sempat sampai sebelum start.. Jumpa je Shaz, peluk2, cemolot dulu lepas rindu (giler nk cemolot?????) haha… Ok, masuk line nak start lari.. Nervous jap…

Bila mula lari tu ok lagi, lepas 10 minit tu kaki dah rasa lain macam.. Tapi sebagai seorang yang positif, aku tetap set dalam otak yang semua tu perasaan aku je.. Agak menjadi sebenarnya untuk motivasi kepada diri sendiri.. Tapi kaki aku sakit oiii… haha.. Dah dekat sejam aku lari tu, dah ada tanda kaki nak cramp sebenarnya.. Tapi aku gagahkan jugak kaki ku ini melangkah!!! (sila baca macam puisi)… Walaupun kami banyak jalan je, bila berbukit je.. Kitorang jalan.. Tak lari.. Penat kot.. Menyesal jap tak warm up betul-betul… T_T..

Sila layan gambar kami kat bawah ni dulu.. Credit tu Shaz sebab snap banyak moment kita bersama using your iphone (ayat mcm couple) hahaha.. (dan perlu ke mention iphone? maklumlah, I tak mampu) kikikiki

rhb half marathon 3

Sebelum start larian.. First picture kami jam 6.25 pagi.. 🙂

Dannn… Setelah hampir 2 jam.. Dan selepas duk tertanya-tanya bila nak sampai (serius rasa macam tipu, sebab rasa macam dah jalan jauh, tapi tak sampai-sampai).. Penat memberi semangat sesama sendiri, main kejar-kejar kejap, berenti ambil air free kat semua booth air dulu (nasib baik tak singgah mana-mana toilet je) hihihi.. Sempat selfie lagi tengah jalan lagi, berenti kejap sebab kaki melecet pun ade, kaki nak cramp tak payah cakap lah, banyak kali kot, tapi teruskan jugak berjalan.. Takut kalau berenti, terus kena angkat naik ambulans kang.. hahaha..

rhb half marathon 4

Singgah ambik air, sempat selfie lagi.. Ya, aku minum 100plus.. haha

rhb half marathon 5

Selfie lagi.. Abam polis join selfie.. hahaha

Aku sedang berlari... (jangan tengok lama2 pic ni) hahaha..

Akhirnyaaaa.. Yayyy.. Kami berjaya menghabiskan larian 10kilometer dalam masa yang ditetapkan iaitu 2 jam.. Dan masa kitorang adalah 1jam 48minit.. Rekod baru untuk diri sendiri (walaupun tak pernah ada rekod,.. hihihi). Dan tak sesuai panggil larian untuk kitorang kot.. Sebab lebih banyak berjalan daripada berlari.. Tak larat oiii nak lari lama-lama..

Kami berjayaaaa!!!

Makan aiskrim potong dulu...

10 km ok.. Nasib baik mampu, walaupun rasa penat nak mampus.. haha

Kami dah ketagih nak marahon lagi.. 😀

Medal dan no siri.. btw medal dia cantik kan??

Result larian aku.. Not bad right??

Akhirnyaaaa.. Yayyy.. Kami berjaya menghabiskan larian 10kilometer dalam masa yang ditetapkan iaitu 2 jam.. Dan masa kitorang adalah 1jam 48minit.. Dan nombor 800 dari 3100 orang yang join.. Not bad kan for the first timer macam kami ni?? Rekod baru untuk diri sendiri (walaupun tak pernah ada rekod,.. hihihi). Dan tak sesuai panggil larian untuk kitorang kot.. Sebab lebih banyak berjalan daripada berlari.. Tak larat oiii nak lari lama-lama..

Lompatan berjaya namanya.. hahaha..

Oklah.. Sekian untuk masa ini, jumpa lagi di marathon akan datang.. 22 March nanti.. Dah set nak join sebulan sekali.. Yesss.. Tiba-tiba jadi semangat nak join, jadi ketagih, jadi obses… Harap terus semangat untuk kecergasan diri sendiri jugak dan bukanlah untuk menunjuk atau berbangga yang aku hebat.. Tapi lebih kepada membahagiakan diri sendiri dan menyihatkan badan serta menghilangkan stress dan mempositifkan diri..

Ok bye…

 

 

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in hiburan tanpa sempadan, Jom Jalan2, Saya Suka Membebel, Sukan Menjana Kecergasan Minda, This is cool and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.