Kisah Pengangguran Graduan

Assalamualaikumm…

Lamanya tak bukak blog aku ni,.. Hurmm Busy dan malas adalah punca utama blog ini terabai… Sekian… (Post ni jugak dekat sebulan berhabuk dekat draft sebenarnye.. huhu)

Oklah tengok tajuk serius kat atas tu… Serius kalau aku tak duduk di bahagian HR @ Sumber Manusia, memang aku tak tahu masalah pengangguran sangat lah teruk kat Malaysia ni…. Kenapa aku cakap macam tu?? Oleh kerana tajuk aku agak serius.. Jangan hairan lah kalau ayat-ayat aku ni agak skema ye.. Lari sikit daripada kebiasaan penulisan aku ye…

Ni aku kongsi sikit hasil daripada kami menyertai beberapa karnival pekerjaan kat Negeri kelahiran aku ni. Pahang Darul Makmur.. Aku dan HR Assistant dan En Bos join karnival ni kat Maran, Bentong, Kuala Lipis dan Kuantan …

Hasil penyertaan kami kat jobfair ni sangatlah memberansangkan.. Kami dapat kumpul banyak resume dari pelbagai latar belakang pendidikan mahupun latarbelakang pekerjaan… Unexpected sebenarnya.. Total kesemua karnival pekerjaan yang kami join adalah lebih kurang 300+- .. Fyi ini adalah kali pertama Selinsing Gold Mine tempat aku keje ni join karnival macam ni.. Dan majoriti resume adalah dari kaum hawa…

Ok, kembali kepada tajuk serius aku tu.. Yang dapat aku kenalpasti adalah kebanyakan daripada resume yang kami terima adalah daripada graduan lepasan universiti-universiti yang agak famous sebenarnya.. DAN paling banyak adalah Graduan yang mempunyai Ijazah dari pelbagai bidang… Diulangi, IJAZAH… Kesian pun ada bila bayangkan mereka study beberpa tahun, pinjaman yang mungkin mencecah puluhan ribu.. Dan bila habis study, peluang pekerjaan adalah sangat terhad… Ya Allah aku betul-betul tak sangka susahnya nak dapat kerja lepas habis study.. Sesungguhnya aku bersyukur dapat kerja walaupun hanya staff kontrak je, study pun tak tinggi sangat dan kerja yang sangat lari dari bidang aku study dulu… Alhamdullilah… Sesungguhnya setiap hamba Allah tu ada bahagian rezeki masing-masing (Insaf jap… huhuhu ) …

Ok, sambung balik… Bila aku duk tengok-tengok resume diorang ni pun agak mengejutkan bila tengok result mereka ada yang dekan, ada yang 3.80 pun ada.. Terkedu sangat tengok, rasa kecik je aku ni.. Dan paling mengejutkan ada juga yang ada Master tapi kerja biasa-biasa je… Bayangkanlah belajar sampai Master, tapi expected salary mereka hanyalah RM1500.. Sedihkan?? Nampak tak macam mana seriusnye mereka nak kerja walaupun hanya harapkan gaji yang sikit..

Baiklah.. Alang-alang aku agak rajin nak ber story kat sini.. Aku nak bagi sikit tips lah kepada sesiapa yang sedang mencari kerja ni.. Atau lebih tepat ayatnya adalah pandangan dari sudut mata majikan yang nak cari pekerja… Walaupun tips ni selalu masa study lagi dah lecturer duk bising pasal benda yang sama.. Tapi aku ingatkan je lah lagi sekali…..

Dan tips ni paling sesuai untuk fresh graduate kot, untuk orang yang berpengalaman pun boleh kot.. huhu.. Sebagai ingatan dan panduan je lah…

1) Resume tu sila lah lengkap sikit… nak berpuluh pages pun tak pe, asalkan LENGKAP dengan gambar sekali.. (Ya biasanya kitorang tengok gambar, cun ke tak.. haha) Tak lah, gambar tu harap formal lah.. Background kosong ye, tak perlu background pokok ke, kereta ke, kucing ke, atau yang seangkatan denganya.. Buat jadi bahan gelak majikan je..

2) Lagi pasal resume, sebelum print tu sila check dulu ade typo ke.. Tak pasal-pasal majikan salah paham ayat korang tu..

3) Ni yang paling selalu jadi, email address tu silalah buat yang formal punye… Buat full name pun tak pe asalkan jangan panjang sangat… Janganlah guna nama glamour sangat cutesokmo@gmail.com ke tak pun budaknakal89@yahoo.com .. Sesetengah majikan tu terus reject je resume korang tu kalau letak email nama ntah apa-apa tu.. Tanda tak matang sebenarnye email macam tu, macam orang yang tak serius nak kerja.

4) Seterusnya nombor telefon, Sila letak nombor telefon yang berfungsi.. (Selalu bila call keluar suara pompuan cakap “the number u have call is not in service”.. Tak pun bunyi tutttt… tuttttt… tutttt.. Bunyi tanda tak dapat… Stress aku kalau call tapi tak dapat.. Tak pun call langsung tak angkat…  (Mungkin diorang ingat aku ni nak jual insurans kot, maklumlah nombor opis)..  hahaha.. Tak pe lah aku maafkan..

5) Oklah, yang ni kalau biasa kat jobfair ade majikan letak borang untuk isi kan? Sila isi borang tu kat semua tempat kosong yang disediakan.. Check borang tu depan dan belakang.. Sebab biasanya borang ni bahagian bercetak adalah depan dan belakang (maklumlah nak jimat).. Antara bahagian penting yang selalu “job hunter” ni tertinggal adalah bahagian “position” dan “expected salary”.. Sebabnya majikan selalu tengok berapa gaji yang korang nak tu sebab biasanya majikan ni ade had berapa jumlah gaji untuk sesuatu jawatan tu…

6) Ok next… Aku sambung balik bab resume, sijil.. Kalau rasa sijil tu agak tak sesuai tak payah lah letak… Contoh : Awak study sampai dapat diploma atau degree, so tak payah lah letak sijil2 zaman sekolah rendah tu.. Sampai sijil johan rumah sukan pun nak letak, ape hal? So pikir-pikir lah nak letak sijil apa yang sesuai… Surat beranak bagai tu, tak payah pun tak pe kot, semua dah ada kad pengenalan kan (kecuali lah company tu mintak)..huhu

7) Ok aku masuk bab nak interview pulak… First sekali, bila pihak majikan panggil untuk interview.. Biasenya call lah kan.. Ok, bila korang setuju dengan tarikh yang mereka nak interview tu.. Kalau tak dapat datang sila lah rajin-rajin kan diri tu untuk email atau call cakap tak dapat datang.. Penat tau tunggu  korang hari interview tak muncul-muncul.. Lepastu orang call tak reti nak jawab.. Kau dah kenapeee? (stress aku tau atur interview bagai, sekali hari kejadian tak korang tak muncul).. Orang macam ni terus je kena blacklist…

Ok lah sekian lah bebelan aku untuk hari ni.. Tapi ada lagi yang nak dikongsikan, lain kali aku sambung part 2 pulak, kalau rajin lah

Meh aku belanja gambar sikit…

Jobfair Bentong

Booth kami sebelum orang datang..

Job fair UTC Kuantan... Kak Zell busy layan pengunjung

Sekian.. Ni je gambar yang aku ade, maklumlah busy.. hahaha

Ok bai…..

 

 

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Saya Suka Membebel, Works, Nasihat dan Pedoman and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.