Jalan-jalan Genting Highlands..

Assalamualaikumm..

Seperti tajuk di atas, ini adalah cerita mengenai percutian pendek kami ke Genting Highlands yang telah berlaku pada minggu lepas iaitu bersamaan 5 April 2014.. (sila baca seperti karangan UPSR) hahaha.. Oklah, seperti biasa, entry di ‘update’ lewat seminggu.. Ya, aku seorang blogger yang suke hati je nak update blog ni bila.. hehe

So, back to my story… Ehem.. ehem… Sebenarnye, percutian aku ni di taja sepenuhnya oleh kawan aku ni dan husband beliau… (sila jangan irihati.. hehe).. Beliau ni BFF aku lah kirenye.. Sampaikan dalam album kawen die pon penuh gambar aku… muahahahaha (gelak setan).. Serius ok, berlambak gambar aku dalam album die  kot.. Maklum lah, aku kan tamak haloba, dua-dua majlis aku jadi pengapit.. Tak sangka I, tak payah bayar photographer 1 sen pon… muahahaha (gelak setan lagi).. Nak tahu kawan aku yang mana? CLICK HERE and HERE..

Oklah.. balik semula story Genting Highlands… Planning sebenarnye, dah lama dalam sebulan lebih macam tu lah, tapi tak confirm lagi jadi ke tak.. So, Wat lek je lah sambil-sambil usha hotel kat dalam tenet tanpa fikir nak booking… Seminggu sebelum nak pergi pon tak booking jugak.. So, bila tiba hari kejadian, we all aci redah je lah.. Dah agak dah hotel mesti mencanak naik harganya bila weekend kan? Jalan-jalan jelah kat situ..

Kami gerak dah lewat petang, dalam pukul 3 lebih kot… Lepas kerja half day hari Sabtu tu.. Sampai je kat highway, hujan mencurah-curah ke ladang gandum, dan jadi lah koko crunch (eh, ape aku mengarut ni?? haha) .. Ye.. Memang hujan lebat sangat, makanya kami pun redah je lah hujan tu.. Sebelum naik, sempat drive thru McD dulu kat Genting Sempah.. Kereta agak banyak jugak lah naik walaupun hujan lebat.. Cuak jugak, nasib baik I jadi MEM besar je kat belakang.. Lagipun kereta auto kan, ape adehal nak daki bukit yang 40 darjah tu (confident je 40 darjah.. hehe).. Tiba-tiba nampak kereta berlambak kat depan.. Alamak.. Jalan jammed ke?? Cuak  jap.. Rupa-rupanya ada kereta accident, kereta sport kot.. jenis kereta, Alfa Romeo.. Giler lah… Sayang kereta oii….

Sampai je kat atas, pergghhh.. Berkabus tebal ok.. Berpusing-pusing lah kami beberapa kali untuk mencari ‘parking’.. Semua penuh kot.. Akhirnya, setelah beberapa tingkat ke bawah tanah kami turun.. Jumpalah parking akhirnya.. Turun je kereta.. Wahhh!!! Sejuknya angin tiup.. Sampai ke tulang sejuknya (dapat rasa tak kesejukan yang aku rasakan melalui penulisan ini.. hehehe) Nasib baik aku bawak cardigan.. Masa ni menyesal tak bawak sweater yang lebih tebal… Kawan aku ni lagi lah, langsung tak bawak sweater.. Mentang-mentang lah ade laki die boleh peluk.. :p .. Nasib baik jugak aku bawak selimut, bagilah die pinjam.. Nampak tak sayangnye I kat beliau.. (shawl tebal dan besar tu aku panggil selimut ye, sila jgn imagine selimut kotak-kotak bila aku sebut selimut.. hehehe)

Meh layan gambar romantik mereka, dan gambar aku yang tak berteman.. huhu

See, romantik betul.. Jealous I ok.. huhu

Aku jugak yang keseorangan.. :p

Pija terpaksa merendahkan diri ikut ketinggian bini die.. haha :p

Tempat kenangan ni, pernah dating & ambik gambar dgn 'someone' kat sini.. huhu

Timbang berat jap (nampak tak berape? huhu.. Ukur tinggi rosak pulak

Aku skodeng mereka.. Ntah ape la citernye..

Ye, mereka sangat sweet.. (jealous lg sekali...)

Oh ye.. Kami juga sempat layan movie Captain America 3D kat sini… Noorainihayati.com bagi 7/10 bintang.. Jalan cerita die best.. Nape tak full mark? sebab I lebih suka layan animasi dalam 3D dari citer aksi.. Jalan cerita die best..

Terima kasih lagi sekali lah buat my friend and her husband sebab belanja I bercuti kali ni.. Mohon belanja lagi.. hahaha.. I doakan U cepat-cepat dapat baby ye.. Sila berusaha lebih gigih lagi.. hahaha.. 😀 .. I love U friend…

Ok, tu je lah nak cerita.. Malam semakin larut ni, dan aku semakin mengantuk.. Esok kena bangun pagi, hantar adik sekolah, lepas tu hantar adik gi kerja dulu, lepas tu nak ke JPJ sebab nak renew lesen kereta, lepas tu nak masuk kerja pulak.. Lepas tu hari Selasa birthday I.. (yang last tu je nak bagitau sebenarnye) muahaha.. Ok baiiii.. Semoga mimpi indah…

 

 

 

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Jom Jalan2, Love??, Saya Suka Membebel and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.