Assalamualaikum….
Ya!! Selamat tahun baru 2014.. please be nice to me ok.. 🙂 .. Hopefully tahun 2014 ini memberi kita semua yang indah-indah belaka.. Penuh dengan warna-warni, penuh dengan penginsafan, penuh dengan  pengisian yang bermakna…
Oleh kerana 2013 meninggalkan banyak kenangan yang aku tak sempat nak update dalam blog aku ni, InshaAllah aku akan update jugak kalau ade kesempatan.. Banyak perkara yang berlaku sebenarnye.. Ada manis, masam, pahit, kelat dan macam-macam rasa lah.. Oklah aku mulakan tahun 2014 ini dengan gambar family yang aku sayang.. Gambar-gambar kami ber’picnic’ sempena birthday mak aku pada 21.12.2013 yang lalu.. Ya, kami sayang mak kami yang dah melahirkan dan membesarkan kami 11 beradik.. Tambah-tambah lepas ayah kami pergi menghadap Ilahi pada tahun 2009.. Jasa mak terlalu banyak tak terhitung dan tak mungkin dapat di balas…
Oklah.. sekian untuk update aku sempena tahun baru ni.. I love my family sooo much…. Semoga kami happy selalu.. Sayang adik, sayang mak, sayang semua lah… huhu
Oh ye, kalau anda semua ada kesempatan nak picnic kat sini boleh lah.. Sekarang tempat ni dah best sebab dah diuruskan oleh pihak swasta.. Cantik, bersih dan banyak aktiviti yang boleh buat, contohnye flying fox, rock climbing, dan macam-macam lah.. Check kat facebook diorang kt SINI ok..
Oklah.. byeeee.. and HAPPY NEW YEAR 2014