Misi tidak berjaya.. T__T

Assalamualaikumm…

Beberapa hari blog aku ni menyepi tanpa entry… Aku busy oiii… Serius busy yang tak terhingga.. Hari ni baru aku rasa bahagia sikit tanpa ke’busy’an seperti hari-hari sudah…

Dannn.. Ya, misi untuk update blog setiap hari sepanjang bulan Oktober pun tak berjaya.. Walaupun hanya dua hari sahaj aku gagal update.. T__T.. Sangat tidak sempat untuk buat bende lain biarpun hanya untuk menoleh kebelakang.. Dann.. aku juga tidak tidur selama dua hari, muka dah macam zombie sebab tak cukup tidur.. Hari ini pon tak boleh tidur awal sebab nak study untuk test dan quiz esok…. See, nampak tak betapa busynye kami sampai hari Sabtu pun ade test.. 🙁 ..  Tak sabar nak minggu ni berlalu dan akan datanglah pula study week…

Ya.. Study week adalah minggu untuk study sebelum bermulanya final exam… Tapi bagi aku, study week kali ni aku nak merehatkan diri, badan, otak dan segala-galanya.. Hilang semua serabut dalam kepala otak ni.. Juga masa untuk melayan kerenah adik kesayangan dan kucing yang gebu.. Masa untuk memenuhi undangan kenduri kawen juga (ya, kawan aku ramai kawen tahun ni)… Rindu nak buli adik aku… Rindu nak kacau mak aku tengok TV.. Rindu nak bawak mak pergi shopping (boleh pow topup sepuloh hengget).. hehe

Ok lah.. Aku nak cerita pasal ke’busy’an aku sepanjang minggu ini.. Aku busy dengan report yang berlambak perlu disiapkan.. Dekat 10 report aku berjaya siapkan minggu ni, ada yang individual dan ade yang grouping.. Siap dengan lakonan video bagai.. Sampai rase nak muntah menghadap semua tu… Tapi hidup perlu diteruskan, jihad fi sabillillah.. InsyaAllah.. 🙂 ..Oh ye, mungkin ada antara kamu akan kata, kenapa banyak sangat report kena hantar? Padan muka kau!! Sape suruh buat kerja last minutes!!..

OK.. Untuk yang berkata-kata seperti itu, meh aku nak bagitahu.. Semua report tersebut bukanlah aku buat last minutes, tapi.. Memang kami dapat tugasan tu dalam minggu ni jugak… Tahu2 kena hantar before 2hb.. Tension ok bila assignment ni semuanye datang secara berjemaah.. Bayangkan kami terpaksa siapkan lebih kurang 10 report dan presentation less than 3 days.. Arghhh!! Stress….

Tapi alhamdullilah.. Semuanya berjaya disiapkan dan sudah di’submit’ kepada yang berhak.. Allah masih bersamaku.. Walaupun ada antara report tu agak tidak memuaskan bagi hatiku ini.. Tapi nak buat macam manakan, terpaksa buat seadanya sahaja T__T.. Masa sangat pantas berlalu, sampai tak perasan sudah sampai waktunya.. Dalam masa +- 50 jam aku berjaya siapkan 9 report dan tugasan lain.. BRAVO!! Satu record baru.. haha

See antara report yang didisiapkan semalam..

Antara report yang disiapkan semalam

See my list kat atas ni. For your info, ini adalah sebahagian sahaja, ini semalam punya list ada 6 semua sekali.. Motif buat list tersebut adalah bagi menaikkan semagat. Camne boleh naik semangat dengan list?? Senang je, bila ada report yang dah siap, potong kat list tu.. So, semangat sikit bila tengok dah kurang satu.. Serius aku berperasaan begini semalam.. Bila semua dah siap, rase nak jerit bagi satu Sabak Bernam ni dengar…

Dan sekarang aku sambung nak study untuk persediaan test dan quiz hari esok.. Nasib baik sempat tidur jap tadi setelah 2 hari aku tak tidur ye…

Oklah.. Sekian makluman aku menjelaskan kenapa aku gagal dalam misi update blog setiap hari sepanjang Oktober.. Oh ye, abang aku juga tak berjaya dalam misi ini.. (die lagi banyak hari kantoi update kot) haha.. Aku pun ade kantoi update sebelum ni sebenarnya, tapi berjaya qada’kan.. Yang 2 hari aku gagal update tu insyaallah aku try qada’ nanti.. hehe

Oh ye.. Welcome November.. EXAM is around the corner… (^____^)v

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Class, Ini Serius Ok, Waaa.. Nk Nangis, Works and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.