Selesai sudah

Assalamualaikum…

Hari ni aku penat sangat, mata pun dah tak berapa nak bukak dah ni. Ni semua gara2 menyiapkan slideshow presentation dan report untuk proposal final projek.. Jam sudah pukul 5 pagi baru aku berkesempatan melelapkan mata semalam.. Jam 7 pagi dah bangun semula untuk ke kelas.. Aku tido 3 jam je semalam ok.. Dah bersiap untuk ke kelas, Nervous giler aku time ni, a lot of butterfly and ladybird in my stomach ok..

Alhamdullillah aku berjaya present dengan jayanya walaupun ade sedikit kesilapan yang perlu dibetulkan… It’s ok, baru proposal kan?? berjaya juga mempertahankan pendapat sendiri di hadapan lecturer.. Confident itu penting ye kawan-kawan (ayat macam pro.. haha) ..  Dah abis present, betapa leganya hati kami seperti dah lepas beban 100kg atas kepala..

Ini adalah suasana ketika sesi presentation berlangsung

Ini adalah satu lagi port present bahagian belakang

Serius lupe nak suruh member snap pic aku mase present T___T

Bila lecturer teringin nak present sekali.. muahaha

Bila beliau bangun lagi sekali.. Tak puas hati kot.. hehe

Oklah, sebelum korang buat ape2 konklusi pasal lecturer aku ni, aku bagitau lah dulu.. En Zaiyad ni mungkin tak puas hati dengan penerangan mereka kot.. Sebab tu die bangun untuk bertanya.. Oh ya!! aku present sebelum mereka ini.. Dan En Mohan & En Zaiyad adalah panelnye.. Agak killer soalan dari mereka ye.. 🙂

Balik rumah, tak sempat pun nak lelapkan mata sebab petang pukul 2.30 ade kelas lagi, sampai pukul 6 pulak tu.. Waaaaa aku ngantuk weh, terpaksa tahan mata untuk beberapa jam lagi.. Dah la ade kuiz masa kelas OSHA pukul 2 tu, nasib baik aku ingat lagi sikit2 pasal nota yang aku pernah baca dulu.. Alhamdullillah yang maha Penyayang kuatkan ingatan aku untuk sem ini.. TQ Allah.. 🙂 .. Aku berjaya menjawab walaupun tak tahu betul ke tak jawapan aku tu..

Lepas kelas OSHA, kelas Highway pulak.. Mata dah nak pejam time ni.. Nasib baik kelas sampai 5.30 je.. Kalau ikutkan sampai 6.15pm.. So, bergerak balik rumah dan lepak2 jap.. Dan sekarang aku setia menghadap laptop aku ni untuk menyambung kerja yang masih belum siap.. Huhhhh.. Tak sabar nak balik raya dan melupakan semua assignment yang berlambak ini, walaupun untuk seketika…

Ok, tu je nak bebelkan hari ni.. Daaaa

22 October.. DONE!!

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Class, Saya Suka Membebel and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.