Bila Balik Kampung

Assalamualaikum…

Aku balik kampung hari Khamis haritu, gerak dari rumah sewa pukul 2petang.. Sampai rumah pukul 8malam.. Giler lambat kan? Aku pon rase macam tu lah.. Cuaca tak mengizinkan sebenarnya.. Sampai je Simpang Pulai, hujan dah start turun.. Tapi tak la lebat sangat.. Dalam hati tak putus2 doa harap sangat kat atas nanti tak hujan.. Tapi takdir tuhan tu lagi berkuasa kan? hujan mencurah-curah turun membasahi bumi Cameron Highlands..

So, perjalanan terpaksa perlahan untuk keselamatan.. Dengan jalan yang licin, hujan turun lebat, ade beberapa kawasan air melimpah atas jalan.. Doa tak putus2 sepanjang jalan.. Risau gak bila drive sorang-sorang tambahan dengan cuaca tak berapa baik.. Sampai kat beberapa bahagian, kabus tebal sampai tak nampak jalan… Memang kena bawak slow je lah, nasib baik ade kereta lain kat depan, boleh la follow je ikut lampu die…

Sampai kat Kampung Raja, dalam pukul 6 kot berenti solat asar jap sambil tunggu hujan reda sikit.. Jalan lepas Kampung Raja ke Tanah Rata dan seterusnya lagi mencabar kot..

 

View from Masjid Kg Raja.. Hujan dah reda sikit

Lepas siap semua, gerak lah balik.. Sepanjang jalan dari Kg Raja – Tanah Rata – Brincang, terdapat 3 accident yang melibatkan Hilux CH, lori treler dan kereta.. Terus pemanduan bertambah perlahan.. Seram pulak aku.. Alhamdullillah aku selamat sampai ke rumah dalam pukul 8.00pm..

Ahad iaitu hari ni, aku gerak balik semula ke Sabak Bernam, juga melalui jalan yang sama (Sg Ular – Sg Koyan – Cameron Highlands – Simpang Pulai – Ipoh – Kg Gajah – Teluk Intan – Sabak Bernam) Jauh tak?? haha.. Aku lebih suka ikut jalan ni dari jalan KL, sebab lebih jimat dan tak perlu lalu KL yang sentiasa jamed dan tol yang berlambak tu.. Juga KL yang panas, Cameron sejuk sikit la.. hehe

Oh ye, tadi masa lalu Cameron Highlands pun hujan turun, nasib baik tak selebat masa balik aritu.. Kabus pun agak tebal di beberapa bahagian.. Pemanduan juga secara berhemah.. Walaupun dalam pukul 3.00pm, cuaca gelap macam dah petang.. Tengok picture yang sempat aku snap ketika memandu tadi.. 🙂

 

Tebal sangat kabusnye.. Perlu lebih fokus ye.. 🙂
Bila kabus + hujan lebat.. Jawabnye cari line tengah jalan je.. hehe

Sekian perjalanan mencabar saya ketika balik kampung.. Alhamdullillah selamat sampai pukul 6petang tadi.. 🙂

Oh ye, lupe pulak.. Tadi mase jamed kat Cameron aku terperasan pelancong mat saleh bawak motor ex5, dua motor lagi tu .. Serius aku rase macam kelakar je, maybe sebab diorang tinggi kot, tu agak tak sesuai bawak ex5, pastu pakai helmet togel tu.. hahaha.. Mesti motor sewa tu… Sempat gak snap picture diorang walaupun agak jauh.. 🙂

 

Nampak tak? sempat snap dari jauh je 🙁

Oklah.. Tu je untuk hari ni.. K bai..

7 October.. DONE!!

p/s : tak singgah mana-mana pun sebab ramai sangat orang, lagipun time ramai orang harga jadi berganda2, strawberry pun tinggal yang tak berapa masak je..

 

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in I Love My Family, Jom Jalan2, Saya Suka Membebel and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.