Al-Kisah Praktikal ~ Part 4

Assalamualaikummm…

AMARAN.. entry aku kali ini agak tunggang langgang dan bercampur baur @ Manglish (iaitu Malay + English) muahahaha (gelak syaiton sekali).. 😀

Rajin giler aku update hari-hari kan?? huhu.. Kan bagus kalau kerajinan aku meng’update’ blog ni same ngan kerajinan aku buat report L.I aku kan?? 😀 .. tp nak buat macam mana, dah aku malas buat report tu.. hehehe.. Nanti bila aku rasa rajin nak buat, baru lah aku buat.. (maaf ayat tunggang langgang macam budak tak abis sekolah) hahahaha

Hurmmm.. Semalam aku cakap nak sambung cerita pasal lecturer @ penyelia yang datang melawat aku kat sini (bukan melawat actually, lebih kepada memberi markah ye).. Mula-mula aku dapat fax, yang katanya tarikh lawatan adalah 21 – 25 Februari 2012.. Tapi yang buat aku terkejut beruknye, pagi Isnin hari tu.. Iaitu bersamaan 20 Februari.. Masa tengah ade toolbox kat plant, aku dapat panggilan dari En Zul yang die dah on the way ke tempat aku praktikal ni, siap cakap lagi malam semalam saya ade text awak untuk bagitau saya nak datang… Sekali aku check henset aku.. Perghhhh!! mesej pukul 1.30 pagi??? hahaha.. aku baca masa tido la tu maknanya.. Sumpah aku nervous dan terperanjat beruk (kalah beruk kat belakang main office aku ni) hahaha..

Yela, mana la aku tak nervous, Infleksi Mingguan aku belum buat kot.. Tapi report harian aku yang kat log book tu hari-hari penuh tau (even sebenarnye seminggu sekali je aku tulis pun).. Hehehe.. Kelam kabut aku cepat-cepat tulis semua tu dan kemudian mintak sain encik bos.. Terima kasih ye En Malek kerana membantu saya menyain dan mengecop (ade ke perkataan menyain dan mengecop?) buku log dan infleksi mingguan saya sekaligus semuanya… huhu.. Encik bos sangat memahami ketidaksukaran saya ketika itu.. hehehe

Sesiapa yang ade kat office masa tu memang tau lah keadaan kelam kelibut aku ketika itu, maklumlah En Zul tu call masa die dah nak sampai, dan aku ade masa kurang daripada 2 jam untuk settle kan semuanya!!!.. Antara yang ade kat office masa tu termasuklah Puan Suzana @ mak buyung, K.zila bini orang, dan kak Tikah pemberi cek.. hahaha (mintak maaf semua, main bagi je gelaran tu, jangan marah tau.. nanti kena jual :p ).. Mereka semua ni la yang jadi saksi ke’nervous’an aku time tu.. huhhuhu

Signature En Bos.. Thanks En Malek.. hehe

Oklah.. Siap je aku mintak sain dari En Bos.. En Zul call lagi cakap dah sampai ke guard post.. Aku pun bagitau la kat En Bos yang lecturer aku dah sampai.. Then En Bos pun suruh la security bawakkan En Zul ke office.. Mase ni, sumpah jantung aku macam nak keluar dah.. Tangan dah sejuk giler.. Susah gak nak tenangkan diri ni.. Tapi buat muka bajet cool je… hahaha.. Sampai je beliau ke office, aku pun sambut lah die dengan senyuman lebar ke telinga (walaupun aku pakai tudung, tapi aku tau camne senyuman aku yang sampai ketelinga tu ok, sila imagine sendiri) huhu.. Ok, aku siap bukak kan pintu lagi tau, dan bawak beliau ke bilik bos.. Ok time ni, jantung aku dah berhenti dari nak keluar.. hehehe..

Lepas bincang-bincang dengan En Bos pasal borang-borang yang perlu diisi oleh En Bos bila aku nak abis nanti… Macam-macam la soalan yang En Zul tanya kat En Bos aku ni, tapi bukan tanya pasal aku pun.. (Ok, aku kecik hati sebab die xtanye pasal aku pun.. :'(.. ) huhu.. tipu je, tak kecik ati pun, happy ade lah… En Zul ni banyak tanya pasal operasi lombong ngan macam mana rupa emas tu je.. Termasuklah soalan pasal cara nak bukak lombong emas.. hehehe.. Serius lari topik.. 😀 ..

Lepas abis bincang dan beberapa soalan yang ditanya.. En Bos pun tanye die, nak melawat kat kawasan lombong ni x?? En Zul pun dengan muka excitednye tanya “boleh ke saya melawat?”.. En bos cakap “memang boleh asalkan saya bawak kan”.. Aku pun cucuk la cakap “bila lagi encik nak melawat kawasan ni? bukan senang nak masuk sini tau..” hehehe.. Sibuk je aku nak tumpang sekaki.. Terus tak jadi En Zul nak tanya banyak-banyak soalan tadi…. Kelakar je aku rase mase ni.. 😀

Dah tinggal semua file En Zul kat office, kami pun bersama-sama En Bos menaiki kereta pacuan empat roda milik company untuk melawat kawasan sekitar (perlu ke guna ayat baku) huhu.. Sebelum berjalan-jalan, singgah kat guard post untuk ambil PPE (untuk yang tidak mengetahui apa itu PPE, PPE is stand for Personal Protection Equipment).. Sebab ape baru ambil?? En Zul cakap masa nak masuk tadi, guard tu nak bagi semua barang-barang PPE tu, tapi die tak nak pakai, nak gi office je katenye, tak tau la boleh melawat kawasan.. hehehe. Lagi sekali, En Zul ni memang kelakar lah. Siap die tanya lagi, “kenapa kat sini kena reverse parking? kenapa kena pasang lampu masa berada kat kawasan lombong? ade akta yang berkaitan ke?”.. Takde akta pun, cuma untuk keselamatan semua pihak je, sekian untuk makluman pihak tuan.. 🙂

Signature En Zulkarnain 😀

Dah siap ambil semua barang tu, En Bos pun bawak lah kami melawat kawasan sekitar.. Siap masuk kat pit lagi tu untuk tunjukkan proses drilling untuk blasting dan aktiviti me’loading’ ore@batuan yang mengandungi emas.. Dan bawak jugak pergi tempat drill for exploration, En Zul siap nak turun lagi tu.. En Bos bagi je, aku pun teman lah En Zul ni turun dan ceritalah kat die pasal proses drill ni dilakukan untuk ape, berapa kedalaman dan bla… bla… bla…. huhu.. malas nak cerita kat sini.. 😀

Lepas tu En Bos bawak pergi kat plant dan lab.. Kononnye tunjuk tempat aku buat kerja lah kan.. huhu.. Tq encik bos.. Bawak jugak kat TSF, tunjuk tempat aku wat hyroseeding yang aku buat hari tu.. Aku ade ceritakan kat Part sebelum ni ok.. Lepas bawak jalan-jalan, back to office lah.. Ok aku seram naik kete toyota fortuner yang baru lepas accident ni, lain macam kot bunyi die walaupun dah ganti ngan body baru katenye.. Kereta En Bos, Kak Hanan ngan Azrin guna untuk pergi ambil sampel air la pulak..

Sampai je office, sambung balik discussion dengan En Zul pasal kerja aku kat sini.. Macam-macam soalan lah die tanya, pernah datang lewat tak? ade masalah tak kat sini and bla.. blaa.. bla.. –>malas nak citer lagi.. 😀
Tengok die bagi markah, banyak excellent je.. Ok aku happy…. Siap die tanya satisfy tak dengan markah die.. huhuhu.. Lepas dah settle semua, die mintak izin nak ambil gambar pelan yang ade kat situ.. Boleh saje En Zul.. Aku pun bukak camera mintak nak ambil gambar ngan die. Bukti la katakan.. hehehe.. Terima kasi Mak Buyung yang cantik coz sudi ambilkan gambar we all.. hahaha..

Tengok picture kat bawah ni ok..

Pic kat belakang tu la yang En Zul excited nak snap.. hehe

Masa ni kelakar, semangat je die nak pakai hard hat tu.. huhuhu

Okay.. itu sahaja untuk hari ini, nanti aku sambung story pasal aku jumpa ular besar hari ni.. Takot oiiii!!

Noorainisay : Rezeki masing-masing, bagi aku selama praktikal ni.. Everything happen is very the best moments.. All the times is full with new experiences and new knowledge. (^__^) .. Hopefully all my friends fell same with me now…

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in Jom Jalan2, Saya Suka Membebel, Works and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.