Nur Kasih The Movie…

Assalamualaikum xjawab dose…

Picture from google (click for best resolution)

Waaaa… aku nk tgk movie ni.. (xbleh blah, awal2 dh nanges) haha.. Tapi ni la yg aku rase skrg ni, al maklumlah sedang bercuti kat kampung.. Celah mane aku nak cari panggung wayang kan?? Nak sangat tengok cite ni, sape nak blanje angkat tangan.. hahaha.. Yup, semestinya aku akan tengok jugak cite ni walaupun lambat skit, Ade Aku Kesah?? (time ni pun tiket lagi murah kot) Walaupun ramai yang cakap, “ala.. tunggu jela die kuar kat 4shared or mediashared, download free sudah, boleh tengok banyak kali kot”.. Ade gak yang akan cakap “eleh, citer melayu, same je semua.. tengok 5 minit mule2, dah boleh agak ending camne”.. And macam2 lagi lah mulut2 busuk orang akan berkata2…

Tapi bagi aku la, citer yang best macam ni sangat berbaloi tengok kat panggung.. Dan aku sangatlah support movie2 yang berkualiti ye, xkire la tempatan mahupun yang dari luar.. Ape korang ingat movie Hollywood tu semua bagos2 ke? ade gak yang mengarut tau.. Aku lagi suke tengok movie dari China or Jepun kot.. Dan semestinye filem aksi jadi pilihan.. (melalut panjang pulak dah)..

Oklah, back to my post title..  Macam yang aku bilang kat atas tadi, nak sangat tengok citer ni.. Ni semua pengaruh review positif beberapa blog lah ni.. Tambah2 lagi ngan teaser duk ulang2 kat TV, and aku duk replay theme song yang dinyanyikan oleh heroin filem ni Tiz Zaqyah ngan Yassin..  Lagi lah berkobar2 nak tengok movie ni… Korang bace lah sendiri review dari blog Beautiful Nara and blog ni.. Sangat  positive kan??

Tambahan pulak filem ni arahan Khabir Bhatia yang pastinye view dalam filem ni marvelous lah.. Disamping lokasi pengambaran yang best dan cantik macam Jordan (Petra is New 7 Wonders of The World!!)  dan Tanjung Karang (cantik sawah padi tgh menghijau kan?).. Juga disamping pelakon hebat macam Fizz Fairuz, Remy Ishak, Ayu Raudah, budak comel Mia Sarah dan ramai lagi.. Mesti best punyelah… (kalau xbest, jangan salahkan aku ye) huhu

Korang try layan theme song ni pulak ye… Walaupun percubaan pertama dari Tiz Zaqyah ni untuk nyanyi, bagi aku not bad lah.. Still boleh layan kan?? Ingat korang nyanyi best ke??

 

Layan jugak lagu Tanpamu nyanyian Sabhi Saddi duet ngan Helena (Indonesian Idol).. lagu ni pun untuk movie ni.. Satu je nak cakap, lagu ni best.. =)

 

Oh ye lupe nak habaq mai (kononnye ckp utara).. Filem ni akan mule ditayangkan pada 19 May 2011, iaitu 2 hari lagi..Jom pakat tengok ramai2…

 

Noorainisay: Satu je petua aku kalau nak tengok movie tempatan ni.. Sebelum masuk panggung jangan set dalam otak korang macam nak tengok cite holywood.. Takot nanti kecewa dan secara x langsung korang akan cakap citer ni xbest la… bla.. bla… bla..

About abriloving

I'm just a normal girl that love cats damn much!! haha
This entry was posted in hiburan tanpa sempadan, Saya Suka Membebel, Waaa.. Nk Nangis. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HTML tags are not allowed.