New7Wonders of Nature/7 Keajaiban Semulajadi Dunia

Assalamualaikummm..

Hurmm… tiba-tiba hari ni aku teringat satu perkara.. Maybe ade kawan-kawan sekelas yang masih ingat English Presentation aku mase semester dua hari tu.. Iaitu, New 7 Wonders of World.. Ataupun dalam bahasa ibundanya adalah, 7 Keajaiban Dunia (yang terbaru).. Aku tau, kebanyakan orang Malaysia ni (terutamanya MELAYU) memang tak ambil kisah pun pasal benda ni.. Tapi bukan  bagi aku la.. Sebab bagi aku lah, benda ni sangat menarik untuk diketahui.. Tak la malu sangat bila orang luar tanya nanti kita tak tahu.. Padahal benda ni adalah sesuatu yang sangat besar..

Mungkin ada yang tahu tapi yang lama.. Contohnya Taman Tergantung Babylon, Pyramid, Taj Mahal, Tembok Besar China, dan lain-lain… Tapi tahukah anda bahawa ada sesetengah daripada senarai 7 keajaiban dunia yang lama itu ada yang sudah berubah?? Sesetengah daripadanya adalah sudah tidak releven dan tidak diketahui kewujudannya benar atau tidak seperti Taman Tergantung Babylon… Kalau korang nak tahu apakah 7 Keajaiban dunia yang baru, korang boleh usha kat Official Websitenya di SINI… Dah lama kot di umum, 07/07/2007… Rajin-rajin baca ok.. Ilmu yang sangat berharga.. :D

Okeylah, sebelum aku melalut lebih panjang lagi… Entry aku hari ni bukan lah pasal New 7 Wonders of World tapi pasal New 7 Wonders of Nature atau dalam bahasa ibunda adalah 7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia (yang terbaru).. Sangat bagus untuk budak Environment macam aku ni ambil tahu.. Very Interesting!!!!

Logo for New7Wonders of Nature

Sebenarnya belum cukup lagi 7 setakat ini sebab ia dipilih dan disahkan (pilihan adalah berdasarkan undian orang ramai satu dunia – aku pun dah vote dulu :D ) .. Sebelum dan selepas undian orang ramai, panel-panel yang sangatlah pakar akan memilih samaada tempat tersebut layak atau tidak.. Ni antara panelnya…  click HERE…. Setakat ni sudah di isi dengan tiga tempat.. Iaitu,

1) Iguazu Falls : Argentina Brazil... Ok, Kat bawah ni details tempat ni..

Iguazu Falls, in Iguazu River, are one of the world’s largest waterfalls. They extend over 2,700 m (nearly 2 miles)  in a semi-circular shape.  Of the 275 falls that collectively make up Iguassu Falls, “Devil’s Throat” is the tallest at 80 m in height. Iguazu Falls are on the border between the Brazilian state of Paraná and the Argentine province of Misiones, and are surrounded by two National Parks (BR/ARG). Both are subtropical rainforests that are host to hundreds of rare and endangered species of flora and fauna.

Tempat ni bagi aku, sangatlah cantik… See the picture below :

Cantik kan????

Ok, next yang dah confirm jugak…..

2) Jeju Island Korea (south).. Ala Pulau yang selalu disebut-sebut dalam Drama Korea tu.. hehehe (ye aku peminat citer Korea :) )

Jejudo is a volcanic island, 130 km from the southern coast of Korea. The largest island and smallest province in Korea, the island has a surface area of 1,846 sqkm. A central feature of Jeju is Hallasan, the tallest mountain in South Korea and a dormant volcano, which rises 1,950 m above sea level. 360 satellite volcanoes are around the main volcano.

Tengok picture Jeju Island yang sangat OWESOME ni!!! Kalau nak tengok pic lain, search sendiri k.. huhuhu

Ni la bentuk Pulau Jeju ni... Unik kan?

Okey.. Tempat seterusnya…

3) Puerto Princesa Underground River, Philippines

The Puerto Princesa Subterranean River National Park is located about 50 km north of the city of Puerto Princesa, Palawan, Philippines. It features a limestone karst mountain landscape with an 8.2 km. navigable underground river. A distinguishing feature of the river is that it winds through a cave before flowing directly into the South China Sea. It includes major formations of stalactites and stalagmites, and several large chambers. The lower portion of the river is subject to tidal influences. The underground river is reputed to be the world’s longest. At the mouth of the cave, a clear lagoon is framed by ancient trees growing right to the water’s edge. Monkeys, large monitor lizards, and squirrels find their niche on the beach near the cave.

Kat bawah ni antara picture yang sempat aku cari..

Bagi aku, Puerto Princesa Underground River, Philippines ni biase je kot… hehehehe

Seterusnya kat bawah ni semuanya belum di sahkan secara rasmi lagi setakat tarikh entry ini ditulis.. Masih dalam proses perbincangan kot.. (suke2 aku je.. hehe).. Tapi yang pasti ade tempat yang bagi aku layak sangat.. Antaranya :

4) Amazon (Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, French Guiana, Guyana, Peru, Suriname, Venezuela)

The Amazon Rainforest, also known as Amazonia, the Amazon jungle or the Amazon Basin, encompasses seven million square kilometers (1.7 billion acres), though the forest itself occupies some 5.5 million square kilometers (1.4 billion acres), located within nine nations. The Amazon represents over half of the planet’s remaining rainforests and comprises the largest and most species-rich tract of tropical rainforest in the world. The Amazon River is the largest river in the world by volume, with a total flow greater than the top ten rivers worldwide combined. It accounts for approximately one-fifth of the total world river flow and has the biggest drainage basin on the planet. Not a single bridge crosses the Amazon.

Enjoy pictures Amazon kat bawah ni k..

ni gambaran keseluruhan Amazon

 

Ok.. Next is….

5) Halong Bay, Viet Nam

Halong Bay is located in Quáng Ninh province, Vietnam. The bay features thousands of limestone karsts and isles in various sizes and shapes. The bay has a 120 kilometre long coastline and is approximately 1,553 square kilometres in size with 1969 islets. Several of the islands are hollow, with enormous caves, other support floating villages of fishermen, who ply the shallow waters for 200 species of fish and 450 different kinds of mollusks. Another specific feature of Halong Bay is the abundance of lakes inside the limestone islands, for example, Dau Be island has six enclosed lakes. All these island lakes occupy drowned dolines within fengcong karst.

 

Okey.. Next…. Jiran sebelah negara kita iaitu

6) Komodo Indonesia..

Indonesia’s Komodo National Park includes the three larger islands Komodo, Rinca and Padar, as well as numerous smaller ones, for a total area of 1,817 square kilometers (603 square kilometers of it land). The national park was founded in 1980 to protect the Komodo dragon. Later, it was also dedicated to protecting other species, including marine animals. The islands of the national park are of volcanic origin.

Ape2 pun tengok pic kat bawah ni k.. for more info, click HERE

Satu je kesimpulan aku pasal Komodo ni.. Takut aku ngan biawak besar ni… hahahaha

Okey lah.. Finalist yang terakhir yang mungkin bakal disahkan tak lama lagi….

7) Table Mountain, South Africa

Table Mountain is a South African icon and the only natural site on the planet to have a constellation of stars named after it – Mensa, meaning “the table.” The flat-topped mountain has withstood six million years of erosion and hosts the richest, yet smallest floral kingdom on earth with over 1,470 floral species. Table Mountain boasts numerous rare and endangered species. It is the most recognized site in Cape Town, the gateway to Africa, owing to its unique flat-topped peaks which reach 1,086 m above sea level.

Table Mountain atau dalam bahasa ibunda adalah Gunung Meja.. kihkihkih… Betul la sebab bentuknye memang rata macam meja pon.. :D .. Tak Caye? tengok kat bawah ni..

Macam mana hanya yang 7 tempat ini dipilih?? sebenarnye ini adalah tempat yang telah diundi oleh orang ramai satu dunia.. Sebelum ia di senarai pendek kepada 7 tempat ni, terdapat 28  finalist dari pelbagai tempat seluruh dunia. Siapakah finalist yang 28 tu? check kat sini  28 Finalists New7Wonders of Nature...

Mungkin ade yang tak faham kenapa semua negara kat dunia ni berebut2 nak title ni?? Sebenarnya ia sangat penting untuk menjana ekonomi negara dari sektor pelancongan, selain dapat memperkenalkan negara di mata dunia.. Kalau aku banyak duit pun aku nak pergi tempat-tempat yang tersenarai semua ni.. Sangat teruja dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Allah…

P/S : All the pictures from GOOGLE

P/S 2 : Info di ceduk daripada http://nature.new7wonders.com/

P/S 3 : like facebook New7Wonders of Nature

Noorainisays : Kalau tak dapat pergi semua tempat… Dapat satu tempat pun jadi lah.. hehehe

Posted in Saya Suka Membebel | Leave a comment

Aku Pencinta Kucing..

Assalamualaikumm…

Hurmmm… agak panjang lah masa kemalasan aku ye.. Dah dua minggu tak ber’update’ blog aku ni.. hehehe

Ya.. mengikut tajuk aku hari ni.. Memang aku adalah seorang pencinta kucing yang tegar.. Sapa yang rapat ngan aku tau lah, betapa aku gilernye kat kucing.. Kadang-kadang bila nampak je kucing kat mana-mana, mesti aku keluar ayat ni “wah.. comelnye kucing tu!!!”.. Bila kawan aku tengok je kucing tu, mesti diorang cakap “kucing macam tu ko cakap comel? Tolonglah ko ni!!!”.. huhuhu.. Serius aku nampak semua kucing adalah sangat comel walaupun kucing tu sebenarnye comot sangat…

Keluarga aku pun boleh di katakan semua suke kucing.. Kecuali abang aku yang nombor dua tu je.. Die kalau tengok kucing, macam tengok rimau je. Kecik beso, kecik beso je die tengok kucing tu.. Kalau nasib kucing tu malang, kat luar tingkap lah kucing tu kena campak (giler zalim abang aku ni) huhuhu.. Tapi yang aku tau… Abang aku yang sulung tu http://nizamahamad.com/ suke giler kat kucing walaupun ade asma (memang tak sedor diri org tua ni) muahahaha (nanti raye baru mintak maaf).. :D

Ok.. Picture kat bawah ni antara koleksi kucing aku la.. Ade yang dah hilang dan ade dah mati… huhu

Ok.. Ni kucing aku.. yg atas tu nm Merah, bawah tu Bulat mase kecik

Okey.. Kucing yang nama merah tu dah hilang mase bulan puase lepas… Hilang mase ikut mak aku gi semayang terawikh (kucing aku gi semayang terawikh gitu, ko ade?) hahaha.. Yang bawah tu bulat mase kecik, sekarang dah besar dan tak comel dah.. Tapi still debab badan die.. hehehe

Anak kucing ni duk kt hostel aku dlu.. Baru nak bawak balik, tengok2 dah kene ambik ngan orang lain

Kucing kat atas ni anak kucing kat hostel aku, mase ni dah ujung sem.. Ingat nak bawak balik.. Sekali mase nak balik tu cari-cari tak jumpe.. Ntah mana die pegi ntah :’( .. Tapi sem depannye ade pulak aku jumpe die dah besar.. Memang comel lah…

Ni kucing aku yang namanye Kecik.. Gambar die mase muda belia lagi ni

Yang atas ni pulak kucing abang aku mulanya.. Tapi sebab die tak besar-besar macam adik beradik die yang lain, abang aku anta die balik kampung.. Sekarang sangat2 besar dan gebu.. Cuma menyampah sikit sebab die ni memilih.. Ade orang yang die suke… Kalau die tak suke, cepat je lari… Kat bawah ni picture die dah besar..

Ni Kecik masa dah besar… lembut giler bulu die.,. huhu

Okaylah.. setakat ni jelah aku story buat mase ni.. lain kali aku sambung.. Citer pasal kucing ni, sampai tahun depan pun tak abis.. huhuhu

Posted in I Love My Family, Love??, Saya Suka Membebel | Tagged , , , , | Leave a comment

Bila Cermin Kereta Pecah….

Assalamualaikummmmmm…

Hari ni aku nak story pasal tajuk aku kat atas tu ok.. Story ini masih panas sebab baru je berlaku petang tadi..

Hurmm.. ceritanya macam ni, hari ni aku ambil cuti sebab aku ade temujanji dengan Hospital Temerloh.. So, awal-awal pagi aku dah gerak, lebih kurang pukul 7.30am kot… Dengan kelajuan yang sederhana, aku sampai kat hospital dalam pukul 10.00am… Agak angin sikit lah sebab aku kena tunggu lama giler.. 3 jam aku tunggu kot, baru di panggil… tension je aku menunggu.. Huhhhhh.. Dah di panggil tu, jumpa lah doktor kejap.. Then, bincang-bincang ape yang patut.. Dekat pukul 2 baru aku keluar.. Tengok berape jam aku duk kat hospital tu??? Tunggu 3 jam, jumpe tak sampai 15 minit pon.. Hangin betul aku…

Okaylah.. Dah keluar tu, aku pun jalan-jalan lah sekitar Bandar Temerloh tu.. Mak nak cari kasut katenye.. Cari kat Raub hari tu tak jumpe yang berkenan.. So, alang2 dah kat Temerloh Bandar Ikan Patin ni, terus la cari kedai kasut.. Setelah melihat beberapa kedai.. Akhirnye jumpa jugak yang berkenan dari segi design dan harganya iaitu RM49.90.. Walaupun mak sangat berkenan dengan yang berharga RM120.00, tapi sebab mahal sangat tak jadi nak beli.. Hehehe.. Mak cakap, beli mahal-mahal, tapi letak kat kaki, so.. tak berbaloi ye beli kasut yang mahal-mahal tu.. (ok, peringatan untuk diri sendiri jugak :) )..

Siap beli kasut tu, kononnye nak gerak balik lah kan… Sekali aku terpandang Secret Recipe, terus pusing balik (walaupun kena pusing jauh sangat sebab kat Temerloh ni kebanyakkan jalannye adalah jalan sehala).. So, gi lah singgah membeli beberape potong kek.. Kebetulan pulak duit elaun praktikal aku baru dapat semalam kan? Ape salahnye belanje mak aku kek yang mahal sikit kan??? hehehe.. Lepas beli tu, dengan semangatnye mak makan kek coklat kegemarannye dalam kete, aku siap tanye.. “Sedap tak mak??”, mak aku jawab “kek coklat mana yang tak sedap?” huhu.. Lawak la mak aku ni.. (buat Abang Nizam, lain kali belikan mak kek coklat ye, bukan kek pandan :p ) hahaha

Kek ni la yang aku makan mase memandu ye... yummy cream kt ats tu..

Aku pun makan jugak kek kegemaran aku iaitu cheese cake.. Makan sambil memandu ye, giler best (tapi makesure pandu dengan perlahan ye).. Tengah aku makan sambil bawak kete tu, aku potong la lori kat depan aku ni (masa tu jalan ade dua lane ok) tiba-tiba kitorang terkejut bila dengar bunyi meletop, ingatkan tayar lori sebelah meletup.. Sekali aku pandang depan, perghhhh.. cermin depan dah retak seribu… Gabra jap, bagi signal then parking kat tepi jalan.. Ok, aku tangan aku mengigil time tu.. Terkejut oii.. Lepak kejap tenangkan diri, pakai spec hitam, mak pun ambik spec die jugak (takot cermin tu tiba2 pecah terus sebab dh ade serpihan halus jatuh2 dan dah pun terkena tangan dan luka), pastu pusing balik cari bengkel…. Berhenti jap kat kedai tayar and tanye tau tak mana ade kedai tukar cermin kereta.. Baik kot uncle tu, siap suruh follow die ke kedai tersebut…

Ni la keadaan cermin kete aku yang retak seribu tu..

Tanye berapa harga cermin, die tanye nak 1 layer ke 2 layer? cepat2 aku cakap nak 2 layer punye.. Takot aku kalau yang 1 layer je.. Risiko sangat tinggi kalau ia pecah ok.. Harga yang untuk 1 layer adalah RM250.00, yang 2 layer punye RM350.00… Takpelah mahal sikit, janji ianya tahan… Kedai tu cakap siap dalam masa 1 jam.. So, gi kedai jap minum2 sambil sambung makan kek.. Pastu gi kedai tu semula, tengok die pasangkan cermin.. Mase tu hujan rintik2 dah turun..

Selepas semua cermin yang retak tu di buang..

Masa tunggu cermin kereta siap pasang, adik aku ni sibuk je duk main motor kat bengkel sebelah ni… Abis hitam-hitam tangan die, nasib baik aku sempat halang die masuk tangan dalam ekzos je.. Kalau tak, xtau la cmne rupenye.. huhu

Adik main motor kat bengkel sebelah masa menunggu kete siap

Die cakap tadi, masa nak siap lebih kurang satu jam.. Tapi, selepas dekat 2 jam baru siap.. Hurmmm takpelah, asalkan siap kan? Lagipun aku tengok mekanik ni pasang dengan penuh fokus kot (lupe pulak aku nak amik gambar die yang tengah fokus tu) hehehe.. Ok, dah siap.. kami pun bergerak pulang dengan cermin kete baru dan duit elaun aku dah abis digunakan :( .. Jumlah bayaran semua sekali adalah RM385.00 termasuk upah, gam dan 1 set getah untuk tepi cermin tu, yang mana sebelum ni terbang di bawa angin.. huhuhu..

Okay, dah siap pasang... :)

So… Moral story hari ini adalah.. Bila korang kena macam mana yang aku kena hari ni.. Satu je nasihat aku.. JANGAN PANIK!!!.. Tambah-tambah bila korang berada di atas jalan raya, tenangkan diri dulu, then bagi signal ke tepi jalan.. Makesure tengok dulu cermin sisi dan belakang sebelum parking ke bahu jalan ok… Serius bila jadi benda yang kita tak sangka ni, macam2 yang kita akan fikir, gabra, menggigil tangan kot.. So, jangan panik dan berfikir secara waras…

Noorainisay: Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknye kan?? Muhasabah diri…

Posted in I Love My Family, Ini Serius Ok, Saya Suka Membebel | Tagged , | Leave a comment

Al-Kisah Praktikal ~ Part 4

Assalamualaikummm…

AMARAN.. entry aku kali ini agak tunggang langgang dan bercampur baur @ Manglish (iaitu Malay + English) muahahaha (gelak syaiton sekali).. :D

Rajin giler aku update hari-hari kan?? huhu.. Kan bagus kalau kerajinan aku meng’update’ blog ni same ngan kerajinan aku buat report L.I aku kan?? :D .. tp nak buat macam mana, dah aku malas buat report tu.. hehehe.. Nanti bila aku rasa rajin nak buat, baru lah aku buat.. (maaf ayat tunggang langgang macam budak tak abis sekolah) hahahaha

Hurmmm.. Semalam aku cakap nak sambung cerita pasal lecturer @ penyelia yang datang melawat aku kat sini (bukan melawat actually, lebih kepada memberi markah ye).. Mula-mula aku dapat fax, yang katanya tarikh lawatan adalah 21 – 25 Februari 2012.. Tapi yang buat aku terkejut beruknye, pagi Isnin hari tu.. Iaitu bersamaan 20 Februari.. Masa tengah ade toolbox kat plant, aku dapat panggilan dari En Zul yang die dah on the way ke tempat aku praktikal ni, siap cakap lagi malam semalam saya ade text awak untuk bagitau saya nak datang… Sekali aku check henset aku.. Perghhhh!! mesej pukul 1.30 pagi??? hahaha.. aku baca masa tido la tu maknanya.. Sumpah aku nervous dan terperanjat beruk (kalah beruk kat belakang main office aku ni) hahaha..

Yela, mana la aku tak nervous, Infleksi Mingguan aku belum buat kot.. Tapi report harian aku yang kat log book tu hari-hari penuh tau (even sebenarnye seminggu sekali je aku tulis pun).. Hehehe.. Kelam kabut aku cepat-cepat tulis semua tu dan kemudian mintak sain encik bos.. Terima kasih ye En Malek kerana membantu saya menyain dan mengecop (ade ke perkataan menyain dan mengecop?) buku log dan infleksi mingguan saya sekaligus semuanya… huhu.. Encik bos sangat memahami ketidaksukaran saya ketika itu.. hehehe

Sesiapa yang ade kat office masa tu memang tau lah keadaan kelam kelibut aku ketika itu, maklumlah En Zul tu call masa die dah nak sampai, dan aku ade masa kurang daripada 2 jam untuk settle kan semuanya!!!.. Antara yang ade kat office masa tu termasuklah Puan Suzana @ mak buyung, K.zila bini orang, dan kak Tikah pemberi cek.. hahaha (mintak maaf semua, main bagi je gelaran tu, jangan marah tau.. nanti kena jual :p ).. Mereka semua ni la yang jadi saksi ke’nervous’an aku time tu.. huhhuhu

Signature En Bos.. Thanks En Malek.. hehe

Oklah.. Siap je aku mintak sain dari En Bos.. En Zul call lagi cakap dah sampai ke guard post.. Aku pun bagitau la kat En Bos yang lecturer aku dah sampai.. Then En Bos pun suruh la security bawakkan En Zul ke office.. Mase ni, sumpah jantung aku macam nak keluar dah.. Tangan dah sejuk giler.. Susah gak nak tenangkan diri ni.. Tapi buat muka bajet cool je… hahaha.. Sampai je beliau ke office, aku pun sambut lah die dengan senyuman lebar ke telinga (walaupun aku pakai tudung, tapi aku tau camne senyuman aku yang sampai ketelinga tu ok, sila imagine sendiri) huhu.. Ok, aku siap bukak kan pintu lagi tau, dan bawak beliau ke bilik bos.. Ok time ni, jantung aku dah berhenti dari nak keluar.. hehehe..

Lepas bincang-bincang dengan En Bos pasal borang-borang yang perlu diisi oleh En Bos bila aku nak abis nanti… Macam-macam la soalan yang En Zul tanya kat En Bos aku ni, tapi bukan tanya pasal aku pun.. (Ok, aku kecik hati sebab die xtanye pasal aku pun.. :’(.. ) huhu.. tipu je, tak kecik ati pun, happy ade lah… En Zul ni banyak tanya pasal operasi lombong ngan macam mana rupa emas tu je.. Termasuklah soalan pasal cara nak bukak lombong emas.. hehehe.. Serius lari topik.. :D ..

Lepas abis bincang dan beberapa soalan yang ditanya.. En Bos pun tanye die, nak melawat kat kawasan lombong ni x?? En Zul pun dengan muka excitednye tanya “boleh ke saya melawat?”.. En bos cakap “memang boleh asalkan saya bawak kan”.. Aku pun cucuk la cakap “bila lagi encik nak melawat kawasan ni? bukan senang nak masuk sini tau..” hehehe.. Sibuk je aku nak tumpang sekaki.. Terus tak jadi En Zul nak tanya banyak-banyak soalan tadi…. Kelakar je aku rase mase ni.. :D

Dah tinggal semua file En Zul kat office, kami pun bersama-sama En Bos menaiki kereta pacuan empat roda milik company untuk melawat kawasan sekitar (perlu ke guna ayat baku) huhu.. Sebelum berjalan-jalan, singgah kat guard post untuk ambil PPE (untuk yang tidak mengetahui apa itu PPE, PPE is stand for Personal Protection Equipment).. Sebab ape baru ambil?? En Zul cakap masa nak masuk tadi, guard tu nak bagi semua barang-barang PPE tu, tapi die tak nak pakai, nak gi office je katenye, tak tau la boleh melawat kawasan.. hehehe. Lagi sekali, En Zul ni memang kelakar lah. Siap die tanya lagi, “kenapa kat sini kena reverse parking? kenapa kena pasang lampu masa berada kat kawasan lombong? ade akta yang berkaitan ke?”.. Takde akta pun, cuma untuk keselamatan semua pihak je, sekian untuk makluman pihak tuan.. :)

Signature En Zulkarnain :D

Dah siap ambil semua barang tu, En Bos pun bawak lah kami melawat kawasan sekitar.. Siap masuk kat pit lagi tu untuk tunjukkan proses drilling untuk blasting dan aktiviti me’loading’ ore@batuan yang mengandungi emas.. Dan bawak jugak pergi tempat drill for exploration, En Zul siap nak turun lagi tu.. En Bos bagi je, aku pun teman lah En Zul ni turun dan ceritalah kat die pasal proses drill ni dilakukan untuk ape, berapa kedalaman dan bla… bla… bla…. huhu.. malas nak cerita kat sini.. :D

Lepas tu En Bos bawak pergi kat plant dan lab.. Kononnye tunjuk tempat aku buat kerja lah kan.. huhu.. Tq encik bos.. Bawak jugak kat TSF, tunjuk tempat aku wat hyroseeding yang aku buat hari tu.. Aku ade ceritakan kat Part sebelum ni ok.. Lepas bawak jalan-jalan, back to office lah.. Ok aku seram naik kete toyota fortuner yang baru lepas accident ni, lain macam kot bunyi die walaupun dah ganti ngan body baru katenye.. Kereta En Bos, Kak Hanan ngan Azrin guna untuk pergi ambil sampel air la pulak..

Sampai je office, sambung balik discussion dengan En Zul pasal kerja aku kat sini.. Macam-macam soalan lah die tanya, pernah datang lewat tak? ade masalah tak kat sini and bla.. blaa.. bla.. –>malas nak citer lagi.. :D
Tengok die bagi markah, banyak excellent je.. Ok aku happy…. Siap die tanya satisfy tak dengan markah die.. huhuhu.. Lepas dah settle semua, die mintak izin nak ambil gambar pelan yang ade kat situ.. Boleh saje En Zul.. Aku pun bukak camera mintak nak ambil gambar ngan die. Bukti la katakan.. hehehe.. Terima kasi Mak Buyung yang cantik coz sudi ambilkan gambar we all.. hahaha..

Tengok picture kat bawah ni ok..

Pic kat belakang tu la yang En Zul excited nak snap.. hehe

Masa ni kelakar, semangat je die nak pakai hard hat tu.. huhuhu

Okay.. itu sahaja untuk hari ini, nanti aku sambung story pasal aku jumpa ular besar hari ni.. Takot oiiii!!

Noorainisay : Rezeki masing-masing, bagi aku selama praktikal ni.. Everything happen is very the best moments.. All the times is full with new experiences and new knowledge. (^__^) .. Hopefully all my friends fell same with me now…

Posted in Jom Jalan2, Saya Suka Membebel, Works | Tagged , | Leave a comment

Al-kisah Praktikal ~Part 3

Assalamualaikummm…

Okay lah… Semalam aku ade janji nak sambung story pasal kisah praktikal aku kan?? tengah nak update ni, tetiba terbaca abang aku cakap aku ni malas nak update.. Terus jadi semangat.. hahaha.. biar je la blog dia tu bersawang.. Tak caye blog die bersawang? Meh usha nizamahamad.com ni.. Muahahahahaha (gelak syaitonirajim jap).. Ok dah siap dah kutuk die.. Jom sambung balik story aku ni.. :D

Semalam aku nak citer pasal aku stay kat lab kan? Aku duduk kat HSE department ni lama sangat, maklumlah betul-betul bidang aku la kan.. Environment katenye.. :D .. Aku ade 40 hari untuk belajar semua perkara mengenai environment kat Selinsing Gold Mine ni ok… Lama kot, tapi sangat banyak keje antaranya termasuklah hydroseeding yang aku dah ceritakan dalam entry aku sebelum ni.. (click HERE) Selain tu, aku jugak ikut diorang pergi tanam pokok, bagi makan ikan.. Aku jugak tolong diorang bancuh simen untuk buat benteng dekat waste storage… Giler penat buat kerja-kerja berat ni…

Bagi makan ikan yang orang tak boleh makan.. (paham x ayat ni) huhu

Ok beliau sedang berlakon tanam pokok ye... huhuhu

Tailing Storage Facilities namanya..

Selain kerja-kerja kat atas ni, aku jugak boleh dikatakan hari-hari pergi ambil sampel air sungai, kolam takungan, mining dewatering, siltation pond, seepage, tailing storage facilities (TSF), boreholes dan beberapa lagi point lain.. Kalau campur semua lebih daripada 10 sampel la kot (tapi tak la hari-hari ambil sampel kat semua tempat :) maunye sampai petang baru siap )… Antara test sampel yang biasenye aku buat adalah Arsenic Test (test kit dan UV), Cyanide Test (test kit), Total Suspended Solid (TSS).. Hari tu juga aku belajar untuk buat test Total Cyanide dan Free Cyanide, Mangan Test dan Nitrat Test.. Terima kasih En Azrin atas ajaran anda ye (En la sangat) huhuhu..

Azrin sedang mengambil sampel borehole.

Arsenic test.. untuk pagi tadi (using test kit)

Test Kit for Cyanide test.. :)

Ni tengah buat test Arsenic gak.. tapi UV, result lagi tepat lah dari test kit.. :)

Alat untuk test TSS, dan lain-lain.. Banyak sgt function die.. harap2 Poly beli sebijik :D

Kalau korang nak tau ape effect arsenic dan cyanide ni kepada manusia dan alam sekitar, sila search sendiri kat encik google ye.. :D .. Kedua-dua bahan ni adalah berbahaya terutamanya cyanide.. Sebab tu ia perlu di test setiap hari untuk memastikan bahan-bahan ini tidak mencemarkan sungai di sekeliling lombong ni, termasuk lah air bawah tanah.. Yela, kalau budak alam sekitar memang tau kot ape akan jadi kalau bahan-bahan ni mengalir dalam sungai dan seterusnya haiwan dan manusia pulak minum air sungai tu.. So, akan pendek umur lah mereka.. huhu.. Sekian ceramah saya untuk hari ini.. :D

Hurmmmm. aku rase sampai sini je lah hari ni. esok aku sambung story pasal lecturer datang melawat aku ye..Tiba-tiba malas nak citer sekarang.. yela.. kalau aku citer semua, esok aku nak cerita ape lagi kan? huhuhu

Noorainisay : Pengalaman membuatkan kita pandai dan bijaksana.. hehehe

Posted in Ini Serius Ok, Nasihat dan Pedoman, Saya Suka Membebel, Works | Tagged , , , | Leave a comment